Friday, September 7, 2007

ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD adalah seorang pemim­pin dan pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-­satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak kecil hingga kini. Perjuangan beliau memimpin jemaah Islam telah menjangkau 40 tahun.

Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara. Walhal hari ini kebanyakan pemimpin-pemimpin Islam lain telah dilupakan dan tidak diambil pusing oleh orang.

Berikut ialah senarai ciri-ciri kepimpinan yang Allah pa­merkan pada dirinya yang sudah dikenal pasti yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan kepadanya. (Sila rujuk Bab 3, Ciri-ciri Mujaddid).

1. Abuya berjuang di awal kurun

Sebagaimana Hadis Nabi SAW yang memberitahu bahawa setiap awal kurun pasti zahir seorang mujaddid maka tokoh tersebut sepatutnya sudah zahir dan berperanan. Memandangkan kita kini berada di penghujung awal kurun, sepa­tutnya umat Islam sudah mencari mujaddid tersebut dan berada di bawah pimpinannya kerana mujaddid adalah pemimpin yang Tuhan lantik yang mana manusia amat memer­lukan pimpinannya demi keselamatan hidup di dunia lebih­lebih lagi di Akhirat.

Ternyata di sekitar awal kurun ini, jika ditinjau di seluruh dunia, Abuyalah yang paling menonjol perjuangan dan ke­pimpinannya. Beliau memang dipersiapkan oleh Tuhan untuk jadi pejuang sedari kecil lagi. Perjuangan Islam adalah minat­nya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya.

Namun kepimpinan perjuangan Abuya yang bercorak toifah bermula pada tahun 1969 bersamaan 1389 Hijrah se­waktu umurnya 31 tahun. Setelah mendapatkan pelbagai pengajaran dan pengalaman berjuang dalam pelbagai ha­rakah Islam, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan satu perjuangan gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa. Lahirlah jemaah Darul Arqam. Perjuangan Abuya Ashaari Muhammad pun mula membesar (sekitar tahun 1980-an) dan berkembang ke seluruh dunia. Pada tahun 80-an itu, per­juangan dan kepimpinan Abuya sangat terserlah dengan terbangunnya segala sistem hidup Islam didalam jemaahnya seperti sistem perkampungan Islam, sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, sistem kebudayaan, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik dan lain-lain. Setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan, Abuya kini muncul lagi dengan lebih gagah melalui wadah Rufaqa Corporation Sdn Bhd. Perjuangan Abuya hingga kini mencecah hampir 40 tahun di mana graf kepimpinan perjuangan Abuya sentiasa mendaki anak-anak tangga meniti dan menelusuri jadual Allah.

2. Kenaikan kepimpinan secara nature

Abuya memimpin Darul Arqam selama 25 tahun tanpa ditukar ganti pemimpinnya. Ini kerana dia dijadikan pemimpin dalam jemaahnya bukan hasil undian, tapi diterima oleh hati pengi­kut-pengikutnya. Sistem tukar ganti pemimpin setiap bebe­rapa tahun atau tempoh-tempoh tertentu, tidak berlaku ke­rana pengikut atau anak muridnya tidak ada seorang pun yang mahu atau mampu mengambil alih jawatan itu. Ada yang pernah cuba mencabar seperti Akhbar Anang, Mokhtar Yaakub dan Abdul Halim Abbas, tetapi mereka kecundang dengan sendirinya.

Bahkan musuh-musuh yang cuba mengharamkan dan menghancurkan peIjuangannya hingga pernah menjadikan­nya tinggal seorang, terkejut bilamana manusia tetap datang seorang demi seorang menyerah diri kepadanya untuk di­pimpin dan dididik. Hingga ke hari ini semakin ramai manusia dari golongan atasan, pertengahan dan bawahan datang berbaiah kepadanya dan meminta pimpinannya.

3. Abuya manusia paling cinta dan takutkan Tuhan

Di waktu manusia sudah tidak pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Allah SWT sebagai cinta agungnya. Dengan kata lain, hidup matinya semua hanyalah untuk Tuhan dan kerana Tuhan. Ini dapat dilihat dalam jadual dan program hidup hariannya, sepenuh masanya adalah dengan Tuhan.

Sebagai contoh, umumnya, siapa yang mengenalinya akan tertarik dengan peribadi beliau yang istiqamah sepanjang hidupnya berada awal sekitar 15 minit di sejadah menunggu waktu solat. Beliau juga tidak pernah tinggal solat berjemaah serta tahajud.
Kecintaannya pada Tuhan itu dapat dilihat dalam dua ben­tuk:

Pertama: Beliau berhabis-habisan dalam mempromosikan Tuhan melalui kuliah rasmi dan tidak rasmi, di dalam tulisan­-tulisan beliau, melalui lirik-lirik nasyid karangan beliau serta melalui sistem hidup menurut kehendak Tuhan yang dia bangunkan dalam jemaahnya, yang mana manusia akan dapat melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ajaran Islam.

Kedua: Bagi orang yang bergaul dengannya, mereka dapat melihat beliau sangat membesarkan dan mengutamakan kehendak-kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak. Beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawaduk, pemaaf, pemalu, meng­hormati tetamu, membelajiran, menjaga kebajikan pengikut-­pengikutnya dan menziarahi manusia. Beliau sentiasa me­makai kain pelekat dan seluar panjangnya ke mana-mana. Abuya tidak mahu memakai seluar panjang tanpa kain pelekat kerana malu menampakkan bentuk auratnya. Beliau men­doakan musuh-musuhnya dengan kebaikan. Orang menuduh beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah. Walhal hakikat sebenarnya dia seorang pemimpin yang sanggup miskin dan susah demi untuk membela orang lain apatah lagi terhadap anak buahnya sendiri.

4. Abuya mendapat ilmu ilham

Rasulullah SAW diberi gelaran ¡ummiy¢ adalah kerana baginda diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melaIui malaikat Jibril), tanpa perlu melalui proses membaca dan menulis. Waktu itu gemparlah dunia Arab, Rom dan Farsi melihat seorang yang tidak masuk 'sekolah' tapi menjadi manusia yang luar biasa kepandaiannya. Demikian­lah Tuhan hendak menunjukkan kuasa-Nya melalui orang-­Nya.

Demikian juga Abuya Ashaari Muhammad, seorang yang tidak punya 'sijil' tapi ilmunya amat luas. Walaupun diper­kecilkan orang alim zamannya tentang dirinya yang dikatakan tiada autoriti keilmuan, namun tidak ada orang yang dapat menolak ilmunya yang cukup global itu dan mampu menyu­luh semua aspek kehidupan. Ilmu itu pula bukan hanya tinggal sekadar ilmu tetapi zahir sebagai sistem hidup Islam yang dipraktikkan olehnya dan jemaahnya. Beratus-ratus tajuk buku dan kuliah serta ribuan sajak dan madah sudah Abuya keluarkan. Kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah dakwah dan tarbiahnya pula berbagai-bagai tajuk, semenjak beliau muda hinggalah ke umur tuanya. Setiap minggu Abuya Ashaari Muhammad membawa tajuk baru kepada pengikutnya. Ilmunya ternyata bertambah-tambah dan berkembang-kembang dari masa ke semasa.

Walaupun sebahagian bukunya diharamkan tapi jelas itu ialah program politik negara. Walhal secara ilmiah, ilmu Abuya sudah diiktiraf oleh doktor-doktor PhD. Misalnya, Tesis Dr. Tasman Ya'cub yang bertajuk 'Dakwah Islam Dalam Pers­pektif Haji Ashaari Muhammad' telah dibahaskan dan di­luluskan oleh tujuh orang ilmuan besar Indonesia­

5. Abuya dianugerahkan karamah

Kepada para mujaddid yang memimpin dan mendidik ma­nusia, biasanya Allah berikan karamah maknawiah untuk memudahkan mereka membawa masyarakat kepada Allah SWT.

Terlalu banyak karamah yang Allah perlihatkan kepada Abuya Ashaari Muhammad. Antaranya:

Ketika Abuya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan mem­beri kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penen­tang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebas­kan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd sebagai wadah baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhir­nya dalam masa 10 tahun, Rufaqa Corporation menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya.
Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya mem­besar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan di luar negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan profesional, pemimpin masyarakat, artis dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu mem­beri kesan.
Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin, usahawan, jutawan, ilmuan, karyawan, budayawan atau lain-lain, di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya. Sebagai contoh, Abuya berjaya membangunkan 'bandar' yang lain dari yang lain iaitu sebuah bandar dengan sistem hidup yang memasuk­kan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan.

6. Abuya membangunkan jemaah

Kebolehan Abuya memimpin, mengajar dan mendidik adalah satu kurniaan Allah kepadanya. Abuya mempunyai hati yang amat inginkan keselamatan manusia serta sangat bimbangkan kecelakaan yang menimpa mereka. Beliau sanggup mengam­bil sebarang risiko, sanggup berhabis-habisan masa, tenaga dan harta demi keselamatan manusia. Kekuatan yang ada pada Abuya inilah yang mampu mengikat anak-anak jemaah­
nya di atas tali Allah. Lalu berlakulah di tangannya dua pem­bangunan yang diidamkan, yakni pembangunan rohaniah dan pembangunan material. Jemaahnya walaupun kecil tapi kualitinya amat mencabar pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mampu membangun secara duniawi. Rufaqa Corporation yang diterajui oleh Abuya kini mempunyai 700 rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

7. Abuya menzahirkan kebenaran

Abuya bukan sekadar memperkatakan kebenaran tetapi menzahirkannya dalam realiti kehidupan. Beliau telah berjuang dengan gigih dan serius sejak berumur 20 tahun hinggalah kini umumya hampir 70 tahun. Berjuang ertinya berusaha habis-habisan untuk mewujudkan sistem kehidupan berlanda­skan Islam. Antara sistem yang telah dibangunkan oleh Abuya Ashaari Muhammad setakat ini ialah:

Sistem kepercayaan (aqidah) dalam diri pengikut-pengi­kutnya yang mana bukan sekadar tahu dan percaya ten­tang Tuhan tapi dapat merasakan peranan Tuhan dalam kehidupan
Sistem ibadah yang melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan sehingga membuahkan akhlak dalam kehidupan
Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih sayang, bahagia dan harmoni
Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak yang membawa manusia kenal, cinta dan takutkan Tuhan
Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya
Sistem ekonomi yang bermoral dan membela, tidak menindas bahkan bertujuan untuk berkhidmat kepada ma­nusia
Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan serta mampu menyuburkan jiwa manusia dengan fitrah rasa bertuhan dan rasa kehambaan
Sistem penerangan yang membawa manusia menuju Tuhan
Sistem perhubungan antarabangsa tanpa sempadan atau borderless dengan mengikat dan menyatukan hati-hati manusia kepada Tuhan serta kasih sayang sesama manusia
Sistem kebajikan Islam yang sangat membela lahir dan batin manusia
Sistem perjuangan yang lunak, lemah lembut, berhikmah serta menunjukkan contoh teladan yang baik
Sistem sosial yang tidak ada kepentingan diri dan meng­utamakan orang lain lebih daripada diri sendiri
Sistem kasih sayang dan perpaduan yang benar-benar diperjuangkan sehingga semua orang dapat merasa se­perti adik-beradik dari satu ibu dan ayah.

Hasil perjuangan Abuya itu, sudah ramai orang yang ma­suk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah , Thailand , China , Uzbekistan dan Filipina.

8. Abuya tidak dapat dihalang oleh penentangnya

Abuya Ashaari Muhammad pernah beberapa kali ditentang oleh bekas muridnya sendiri dengan hasrat mahu meng­hancurkan Abuya. Namun akhimya usaha-usaha merekalah yang hancur. Setelah Arqam diharamkan, ada di antara mereka berhasrat membangunkan jemaah baru dengan meng­ambil pengikut-pengikut Abuya tetapi usaha itu juga gagal bahkan kini mereka sesama mereka makin berpecah belah.

Ada yang beranggapan Abuya telah gagal kerana jemaah Arqam sudah hancurkan dan dia ditangkap serta dihukum. Namun Allah SWT telah menolongnya. Dia dapat melepasi semua halangan dan akhimya perjuangannya dapat bangun semula dengan lebih gagah dan boleh berkembang sampai ke luar negara. Dalam masa yang sama para penentang yang cuba menghalang perjuangan Abuya itu tidak mampu untuk membangunkan apa-apa. Demikianlah kuasa Allah itu tetap berlaku sama ada dihalang atau pun tidak.

9. Abuya umpama tafsiran Al Quran dan Sunnah ber­gerak

Para mujaddid membawa tafsiran barn Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ertinya para mujaddid menghidupkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan sehingga dengan itu manusia lebih mudah memahami Islam melalui role-model yang dibawa oleh para mujaddid.

Abuya menghidupkan dan menggerakkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW di dalam realiti kehidupan manusia zaman ini. Beliau memberi nafas baru kepada kefahaman Al Quran dan Sunnah melalui stail dan kaedah perjuangan yang dibawanya. Ini jelas dapat dilihat melalui minda-mindanya dalam bentuk kuliah-kuliah rasmi atau tidak rasmi, melalui tulisan-tulisan dalam puluhan buku dan ribuan sajak beliau. Orang yang mendengar dan membaca mindanya sungguh merasakan bagai ada sentuhan taufik dan hidayah kerana mendapat suatu kesedaran baru dan dorongan untuk meng­amalkan minda yang diterima.

Dari sudut aqidah, Abuya menghidupkan rasa bertuhan dalam diri dan hati para pengikutnya. Manusia selama ini hanya tahu Tuhan itu ada tetapi tidak dapat merasakan pe­ranan dan kerja Tuhan dalam kehidupan. Sedangkan rasa bertuhan yang hidup dalam diri manusia itulah menjadi enjin untuk beribadah, bekerja, hidup dan mati kerana Tuhan. Rasa cinta pada Tuhan jadi pendorong untuk beramal, rasa takut pada Tuhan jadi benteng dari berbuat maksiat.

Dari sudut ibadah, Abuya sangat memperlihatkan sensiti­vitinya terhadap Tuhan di mana beliau istiqamah seumur hidupnya sekitar 15 minit awal, menunggu-nunggu masuk waktu solat. Sembahyang malam tidak pernah ditinggal­kannya. Abuya menanamkan rasa bersalah dengan Tuhan setelah selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain ibadah dan pekerjaan. Abuya menghidupkan roh ibadah hingga orang berpuasa kerana hendak mendidik nafsu, orang berzakat bertujuan untuk mensucikan diri, orang naik haji terasa benar-benar menuju Allah.

Di sudut akhlak, Abuya membawa sistem akhlak yang di­lihat sangat indah umpama bunga-bunga yang sedang ber­kembang di taman. Kasih sayangnya sangat ketara kepada semua manusia tidak kira apa umur atau peringkat kehidupan mereka. Kasih sayang adalah misi utama perjuangannya. Abuya manusia yang paling sabar menghadapi semua ujian getir dalam perjuangannya. Dituduh sesat, ditinggalkan pengi­kut yang kemudian menentangnya, terpisah dengan jemaah tujuh tahun lamanya di luar negara terus-menerus, sepuluh tahun di tahan di bawah ISA, jemaahnya dihancurkan dan beliau ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2007.

Semua ujian ini meletakkan Abuya dan jemaahnya antara hidup dan mati. Allah memberinya kekuatan dan kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu ­persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau telah mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua minda yang dibawanya.

Dari sudut perjuangan, Abuya benar-benar menghidupkan isi perjuangan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cuma dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang serba moden kini. Abuya dapat mengatasi semua strategi musuh yang hendak menghancurkan perjuangannya. Masa­kan ini semua berlaku kalau bukan dia dimonitor oleh Ra­sulullah SAW.

Al Quran membawa sistem hidup, Islam as a way of life. Rasulullah SAW menghidupkan sistem Al Quran hingga ma­syarakat Arab melihat Rasulullah sebagai Al Quran bergerak. Ayat Al Quran turun dalam bentuk wahyu, manakala isi Al Quran itu diterjemahkan dalam sistem hidup yang Rasulullah bangunkan.

Di zaman manusia telah ratusan tahun hidup atas sistem bikinan akal manusia, dunia hari ini telah mengakui sistem hidup yang ada kini telah rosak, hancur dan tidak menemui jalan keluar. Abuya muncul dengan menghidupkan sistem Tuhan yang benar-benar asing daripada sistem dunia yang ada kini. Dalam peperangan antara sistem hak dan batil ini, Abuya memenanginya. Sistem pendidikan yang Abuya bawa melahirkan generasi baru Al Quran dan Sunnah, sistem kebu­dayaan yang Abuya cetuskan sudah diterima di Eropah, Timur Tengah dan Asia . Sistem ekonomi Tuhan yang Abuya gerakkan menyebabkan kapitalis geleng kepala dan bungkam. Ertinya role model sistem kehidupan yang Abuya bangunkan di semua sudut adalah tafsiran AI Quran dan Sunnah bergerak!

10. Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib termasuk mimpi benar

Abuya selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah. Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara:

Rasa hati yang kuat untuk bertindak.
Dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ.
Berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi. Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. ltulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.

Seorang syeikh tarekat dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar, Abuya mendapat tahu melalui ilham dari Rasulullah SAW bahawa orang itu adalah salah seorang daripada orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam di akhir zaman.

Maka Abuya pun menghantar wakilnya untuk berjumpa beliau. Apabila bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi, Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya:

"Kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya)."

Walhal secara zahirnya Abuya belum pernah berjumpa dengannya.

Syeikh Abu Mush'ab, seorang syeikh tarekat di Jordan telah menunjukkan buku catatan beliau kepada Abuya Ashaari Muhammad ketika Abuya berada di Jordan. Di dalamnya bertulis:
"Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan ."
'Mesej' itu diterimanya dari Rasulullah dan Imam Mahdi sebelum kedatangan Abuya ke Jordan .

Syeikh Abdussalam Al Harras, syeikh tarekat dari Maghribi memberitahu Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun 1986:

"Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam ditempat kamu. Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari."

Beliau berkata bahawa Rasulullah-Iah yang memberitahu­nya sebelum Abuya tiba ke rumahnya itu.

Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di Malaysia pada tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-­orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangannya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu katanya diberitahu padanya oleh Rasulullah.

Bermula pada tahun 1985, Abuya bersama rombongannya keluar negara dan tidak balik-balik selama tujuh tahun, setelah mendapat alamat bahawa ada ancaman terhadap Abuya dari pihak tertentu dikeranakan pengaruh Abuya yang sudah membesar.

Pada hari pertama tiba di Amman , Jordan , Abuya telah didatangi oleh lima lelaki Arab yang memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Muntazirun. Tanpa perkenalan apa-apa mereka terus bertanya Abuya:

"Kamu yakin dengan Imam Mahdi?" Abuya mengangguk mengiyakan.

"Kamu tahu dalam hal Imam Mahdi ini ada nas-nas dalam Al Quran?" tanya mereka lagi.

Abuya tergamam kerana setahu Abuya, nas tentang Imam Mahdi hanya ada dalam Hadis. Al Quran tidak!

Belum sempat Abuya menjawab, ketua kumpulan itu berkata, "Tentu kamu tahu, Al-Quran ada menceritakan perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya ke dalam Sungai Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat dari dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan betul selamat. Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa ber­bincang dengan keluarga terlebih dahulu, tentu ramai tidak setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat dalam air."

"Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam Mahdi itu, adalah rasa yang Allah masukkan seperti yang berlaku kepada ibu Nabi Musa itulah. Bahawa kamu terlalu yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat bahaya bagi seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi sanggup membunuh siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam Mahdi pun akan dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam Mahdi tidak akan selamat."

Syeikh itu menyambung, "Rasa hati seperti ini, kalau diberi kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala diberi kepada seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu Nabi Musa dan seperti yang kamu sedang alami, ia disebut ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal dari memikirkannya dan memaksa kamu bertindak."

Dia bertanya lagi kepada Abuya, "Apakah kamu bertemu dengan Imam Mahdi?"

Abuya tunduk agak lama. Akhirnya Abuya jawab, "Itu rah­sia saya."

Muntazirun itu senyum dan berkata, "Kami faham!"

Perihal keyakinan Abuya tentang Imam Mahdi ini pernah ditanyakan oleh isterinya, Khadijah Aam (Ummu Jah), ke­padanya ketika beliau dalam 'pelarian'nya di luar negara, "Mengapa Abuya tidak boleh bertolak ansur dengan kerajaan dalam hal Imam Mahdi ini? Bukankah ia hanya perkara khilafiah. Sedangkan mempertahankannya Abuya terpaksa berpisah dengan keluarga, negara dan budaya."

Abuya dengan marah berkata, "Pemimpin besar nak da­tang, kamu suruh diamkan?" Begitulah sekali seriusnya Abuya memperjuangkan Imam Mahdi ini.

Memang sampai hari ini, walaupun di-ISAkan, dihan­curkan jemaahnya dan difatwakan sesat oleh negara, namun Abuya dapat melepasinya dan bangun kembali dengan selamatnya. Ini menjadi satu kejutan besar kepada rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Maka ramailah yang semakin yakin bahawa Abuya ada masa depan kerana mana
mungkin pejuang yang kena dua kali ISA dapat meneruskan perjuangannya jauh lebih hebat dan besar dari sebelumnya.

Bahkan waktu Abuya sakit teruk, perjuangannya makin diterima orang dalam negara. Ini tidak mungkin berlaku kalau tidak di backing oleh Allah melalui dua orang kekasih-Nya, Rasulullah dan Imam Mahdi.

Umat Islam sepatutnya sangat alim perihal peristiwa akhir zaman ini. Sedangkan Yahudi sangat alim perihal Hadis dan Al Quran yang jelas mengisyaratkan semua peristiwa yang bakal berlaku ini. Tapi Yahudi berjaya memutar-belitkannya sehingga umat Islam sendiri memusuhi semua khazanah ini.

11. Hati manusia berubah olehnya

Abuya didatangi manusia-manusia yang meminta pimpinan­nya kerana kemampuannya memimpin dan mendidik nafsu dan hati-hati manusia.

Abuya mengajarkan sembahyang itu agung dan mampu membina peribadi yang agung. Lalu pengikutnya dipimpin secara rohiyah, agar memahami dan menghayati lahir dan batin solat-solat mereka hingga sudah ada murid-muridnya yang berubah daripada peribadi asal.

Abuya bersihkan fahaman-fahaman sekular mengenai Islam kepada satu kefahaman yang berteraskan Tuhan. Abuya merubah seseorang yang biadab dengan ibu bapa kepada kembali berbakti, berkhidmat penuh hormat dan memuliakan ibu bapa. Abuya menyelamatkan remaja-remaja yang sudah liar dengan rokok, teman wanita, pakaian menjolok mata, salah guna dadah, arak dan semua gaya hidup syaitan yang merosakkan dengan cara menanamkan ke hati mereka ke­percayaan kepada Tuhan.

Abuya merupakan tokoh utama yang mencetuskan budaya menutup aurat di kalangan wanita-wanita di Malaysia . Beliau membuatkan isteri-isteri menjadi taat, hormat dan mampu meletakkan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga. Abuya menyelamatkan banyak keluarga yang bermasalah secara nasihat dan didikan.

Abuya mampu menukar wanita-wanitanya daripada ta­kutkan poligami kepada sanggup berpoligami lantaran me­lihat kebaikan-kebaikan dan manfaat yang amat besar daripadanya di sisi Tuhan. Bahkan semua anak perempuannya pun dipoligamikan. Anak-anak hasil poligami itu pula saling menyayangi sesama mereka dan saling menghormati ibu tiri mereka.

Abuya kembalikan orang-orang yang telah terlanjur, ke jalan Tuhan. Abuya wujudkan dalam jemaahnya golongan artis, pelakon, penasyid, pengarah, pemuzik dan lain-lain yang mana gaya hidup mereka semuanya mengikut syariat.

12. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga

Terlalu yakin dengan adanya peranan Tuhan yang Maha Kaya dalam membantu kebangkitan Islam. Abuya bangunkan perjuangannya betul-betul bermodalkan Tuhan. Telah dibukti­kan oleh beliau, setiap pejuang yang sanggup baiki diri dengan taqwa, sembahyang malam, bertaubat, tebus dosa (berse­dekah), berkasih sayang, wirid, doa maka nescaya Allah akan tunaikan janji-Nya.

Abuya Ashaari Muhammad dilihat begitu kaya, namun dia sebenamya boleh disenaraikan sebagai seorang yang miskin. Layak menerima zakat kerana rezekinya tiada sumber yang tetap. Istilahnya dia miskin tapi kaya. Kaya tapi miskin. Peri­badi beginilah yang dilahirkan oleh Islam yang selamat di dunia dan tiada hisab di Akhirat. Sebab yang kaya bukan peribadi tapi jemaahnya. Masyarakat boleh menumpang kekayaannya.

Realiti hidup Abuya Ashaari Muhammad sebenamya tidak­lah beliau itu berusaha keras untuk kehidupan dunianya. Sementelahan dia sudah pun berumur 70 tahun. Sakit-sakit pula. Dia tiada rumah sendiri, tiada wang di bank, tiada harta, keretanya pun bukan milik peribadi. Aktivitinya cuma menge­luarkan minda-minda (buah-buah fikiran) dan beribadah. Namun peribadinya, keluarga dan jemaahnya kelihatan begitu kaya.

13. Orang yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci

Orang yang sayang padanya terlalu sayang. Manakala yang benci terlalulah benci. Sayangnya orang kepadanya sampai sanggup berkorban habis-habisan dan hidup mati digunakan untuk ikut membantu perjuangannya. Komitmen begini mem­bolehkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan je­maahnya tanpa meminjam dengan bank dan tidak berhutang. Taat setia yang dibuktikan oleh pengikut begitu luar biasa hinggakan semua arahan beliau untuk perjuangan Islam se­mua terlaksana.

Sebaliknya, bagi mereka yang benci pula tidak mampu mengawal diri kerana rasa benci yang keterlaluan (hingga sanggup menyihir Abuya dan pengikutnya) adalah kerana Allah mahu dedahkan musuh-musuh atau penentang-penen­tang itu semuanya. Juga supaya mereka dapat menilai diri dan masyarakat juga dapat menilai, setelah menghancurkan jemaah Abuya, mana jemaah perjuangan mereka yang boleh mereka buat lebih baik lagi, demi agama, bangsa dan negara Islam?

Kebenaran yang Abuya zahirkan cukup indah, mampu me­nawan hati setiap insan. Kalau ada yang benci, hanyalah kerana orang itu tidak mampu melawan hasad dengkinya. Rasulullah SAW itu, kebenaran yang dibawanya, keselamatan yang ditawarkannya jauh lebih hebat, terserlah bersama mukjizat-mukjizat yang begitu besar, pun masih ada yang menolak dengan penuh hasad dengki. Maka tidak peliklah kalau hal itu juga berlaku kepada Abuya.

14. Doanya selalu dikabulkan Tuhan

Sewaktu ISA, Abuya dihantar ke Bandar Country Homes, Rawang yang di waktu itu masih gersang dan majoriti pen­duduk di situ adalah kaum Cina. Oleh kerana Abuya sangat memperjuangkan Tuhan dan wibawa agama Islam, maka Abuya telah berdoa kepada Tuhan:

"Ya Allah, jadikan aku orang yang kaya untuk mewibawa­kan agama-Mu."

Benar-benar Tuhan telah mengabulkan doanya. Di saat ramai lepasan-Iepasan ISA hidup melarat, Abuya waktu dalam ISA lagi dikayakan oleh Tuhan sehingga dikagumi oleh orang Islam dan bukan Islam di sekelilingnya waktu itu. SB yang memantau Abuya dan musuh-musuh Islam kehairanan me­mikirkan bagaimana seorang yang masih di dalam tahanan ISA, ditinggalkan seorang diri bersama empat isteri dan 30 orang anak dapat bangun semula membina empayar pernia­gaan dan jemaahnya.

Abuya sangat mendoakan pengikut-pengikutny a sehingga mereka dipimpin secara rohani dan dimudahkan untuk mem­baiki diri dan berjuang di jalan Allah. Abuya mendoakan musuh-musuhnya. Berbuat baik sekali pun kepada orang yang berbuat jahat kepadanya. Sehingga ada musuh-musuh dan penentangnya yang akhirnya berbaiah kepadanya.

Pada Abuya sebenarnya Tuhan menganugerahkan 'power' maknawiah yang dengan power itulah doanya selalu dimak­bulkan dan berlakunya keajaiban-keajaiban dalam kepim­pinannya. Inilah antara karamah-karamah yang Tuhan anu­gerahkan kepada para kekasih-Nya.

15. Abuya pejuang kasih sayang

Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Malah Abuya me­lancarkan era kasih sayang yang berjalan beberapa tahun lamanya. Agenda kasih sayang menjadi keutamaan untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan tema: Dakwah dan kasih sayang. Abuya adalah bapa kasih sayang.

Kasih sayangnya begitu ketara. Walaupun ditohmah dan difitnah, Abuya tidak melatah atau melenting. Kalaupun Abuya hendak menjawab tuduhan-tuduhan itu, beliau menulisnya dengan membawa hujah ilmiah serta penuh hikmah tanpa memalukan sesiapa.

Sewaktu beliau ditangkap secara ekstradisi, Abuya dan para pengikutnya seorang pun tidak memberontak bahkan pihak polis yang datang membuat serbuan ke premis-premis Arqam dilayan dengan baik. Di dalam ISA pun Abuya sangat memberikan kerjasama bahkan boleh berkeluarga pula dengan pihak keselamatan. Abuya tidak berdendam dengan kejahatan orang kepadanya malah dia mendoakan musuh-­musuhnya.

Bahkan di Barat yang amat memusuhi Islam serta meng­anggap Islam agama keganasan, rombongan penasyid Ma­waddah yang dihantar oleh Abuya pada tahun 2003 ke selu­ruh Eropah dilayan dengan mesranya. Walhal peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York , masih menghantui ma­syarakat Barat ketika itu.

Al-hasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England , Jerman dan Perancis. Di setiap border antara negara-negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kemesraan. Rupanya Barat me­nerima pendekatan dakwah Abuya yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.

Thailand yang sememangnya menerima Abuya dan je­maahnya bergelanggang di negaranya, telah 'meminta ban­tuan' Abuya apabila menerima tekanan dari Amerika yang menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan ekoran dari suasana tegang di Selatan Thai itu. Maka suatu program negara bertajuk 'Islam Kasih Sayang' yang diisi oleh Rufaqa (wakil duta Amerika di Bangkok turut hadir) telah melenyapkan ketegangan tersebut. Begitulah juga yang berlaku di Australia, John Howard, Perdana Menteri Australia menyebut dalam ucapannya bahawa adanya Islam kasih sayang setelah menonton persembahan 'Islam Kasih Sayang' oleh Mawaddah di Australia.

Jelaslah bahawa keupayaan pembaharuan yang ditunjuk­kan oleh Abuya dalam kepimpinan dan perjuangannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid. Kemampuannya mem­perkenalkan dan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak digelar Al Fata At Tamimi. Sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenaI Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi, orang kanan kepada Imam Mahdi.

Thursday, September 6, 2007

ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD ADALAH PUTERA BANI TAMIM

PARA PEMIMPIN kebenaran yang Tuhan janjikan berjaya membawa kebenaran dan keadilan dalam kepimpinan mereka, mengikut tahap atau peringkat masing-masing. Dibawah kepimpinan dan pemerintahan mereka, Islam berjaya ditegakkan secara syumul. Lantas Allah berikan kejayaan kepada mereka di dunia dan di Akhirat. Faktor bagaimana mereka beroleh kejayaan adalah kerana mereka sangat dibantu oleh Allah swt. Allah berikan mereka ilmu, kaedah perjuangan, kekuatan kasih sayang, cara memperdaya,musuh serta pelbagai karamah lagi.

Firman Allah:

Maksudnya: "Wahai orangyang beriman, sesiapa (pe­mimpin) di kalangan kamu yang menyimpang dari aga­ma-Nya akan Allah datangkan satu kaum (pemimpin) yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintai­Nya. " (Al Maidah: 54)

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar bahawa Nabi SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali k.w. baginda bersabda: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu ingin melihat demikian itu hendaklah kamu bersama-sama Pemuda At Tamimi (Putera Bani Tamim). Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Riwayat At Tabrani)

Bagi membuktikan bahawa Abuya Ashaari Muhammad juga merupakan.seorang pemimpin kebenaran yang Tuhan janjikan yakni dialah Putera Bani Tamim, berikut adalah an­tara hujah-hujahnya. Abuya kini sedang giat memperjuang­kan:

1. Minda

Abuya memperjuangkan ilmu yang cukup global. Ilmu-ilmu yang dikeluarkannya membawa manusia kembali mengenali dan mencintai Tuhan, kembali mentaati perintah dan me­ninggalkan larangan Tuhan. Daripada mesej iman dan taqwa, ilmunya terus merangkumi cara hidup Islam dalam semua aspek dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. Ilmu-­ilmu yang global inilah yang menjadi asas kepada pem­bangunan insaniah dan pembangunan material yang di­bangunkan dalam perjuangannya.

Minda ini diperjuangkan dalam pelbagai bentuk pen­dekatan. Melalui ceramah, majalah, buku-buku, kaset-kaset, video, bergaul mesra dengan semua golongan dengan membawa contoh atau akhlak yang baik, khidmat masyarakat, ziarah, ekonomi, kebudayaan, perkampungan dim bandar contoh, pendidikan, kesihatan, penternakan, teknologi tinggi (hi-tech), ekspo dan lain-lain lagi.

Malahan Abuya membawa jemaahnya melibatkan diri dalam apa sahaja bidang hidup yang diceburi oleh manusia dengan membawa mesej iman dan taqwa serta Islam sebagai cara hidup. Agar manusia dapat melihat ilmu-ilmu Islam yang global itu di dalam realiti kehidupan, bukan sekadar Islam teori semata-mata.

2. Mempersiapkan jemaah ikhwan

Abuya berjuang bagaikan tidak tahu takut dan tidak tahu serik. Sekalipun berhadapan dengan berbagai-bagai ujian dan halangan, beliau tetap tidak mengalah. Sekalipun susahnya bagaikan mengalih sebuah gunung, pasti diusahakannya. Kemahuan hatinya sekeras besi. Cita-citanya pasti,dibuktikan walau apa pun risikonya. Sedangkan orangnya sangat lemah lembut serta penuh kasih dan sayang. Peribadi begini atas nama Islam sebenarnya bukanlah perkara biasa. Ia merupakan perkara yang sangat luar biasa.

Peribadi Abuya itu sebenarnya keluar dari hatinya yang begitu cintakan Allah dan Rasul. Sesungguhnya Abuyalah yang berhati ikhwan itu dan dia telah dapat lahirkan jemaah ikhwan yang Rasulullah sebutkan ciri-ciri mereka itu, yakni mereka bagaikan adik-beradik seibu-seayah. Merekaitu men­jadi abid di malam hari dan jadi singa (pejuang di siangnya.

Abuya sedang mengajak pengikut-pengikutny a untuk sama-sama menagih janji Tuhan bahawa kebangkitan Islam yang berlaku di akhir zaman adalah di tangan-tangan para ikhwan yang diterajui Putera Bani Tamim. Proses dalaman ini berlaku dengan begitu intensif di mana pengikut-pengi­kutnya diberi ilmu, latihan, riadhah, mujahadah, berkorban dan berjuang untuk memperolehi hati ikhwah yang sangat cintakan Tuhan dan mencintai pemimpin kebenaran. Kasih sayang dan perpaduan sangat diperjuangkan.

Abuya sedang mempersiapkan hati-hati ikhwan, satu tang­gungjawab besar yang bukan boleh direka-reka atau dilakon-lakonkan, melainkan beliau dipandu oleh Rasulullah SAW dan Imam Mahdi untuk melaksanakan tugas besarnya itu. Bilangan ikhwan semuanya 500 orang. Merekalah team uta­ma bersama Imam Mahdi dalam misi kebangkitan Islam kali kedua di akhir zaman.

3. Aurad Muhammadiah

Islam adalah agama yang universal. Ia adalah satu-satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan manusia di dunia dan di Akhirat. Islam memenuhi keperluan zahir dan batin manusia. Sesiapa yang behar-benar mengambil Tuhan sebagai keperluan hidupnya lahir dan batin, ertinya dia telah beroleh taqwa dan hidup matinya untuk memperjuangkan Tuhan.

Ulama-ulama sufi telah mengatakan Islam terdiri atas em­pat perkara iaitu syariat, tarekat, hakikat dan makrifat. Ertinya dalam usaha menjadi seorang hamba yang diredhai Allah SWT, seorang manusia itu patut menempuh syariat, tarekat, hakikat dan makrifat untuk mendapat rasa kehambaan (ubudiah) yang sebenar-benarnya.

Tarekat adalah kaedah atau jalan yang sistematik untuk mengingati Allah (zikrullah). Bagi orang yang kenal dan cinta­kan Allah SWT, tarekat mendisiplinkan mereka untuk istiqa­mah melakukan zikrullah. Sejarah memaparkan hidup imam-­imam mazhab yang empat semuanya mengamalkan tarekat. Begitu juga dengan Imam Al Ghazali.

Bahkan Islam bangkit di setiap zaman (melalui pimpinan mujaddid) adalah bersama tarekat pengiring. Tarekat tersebut ibarat 'enjin' bagi pejuang-pejuang kebenaran untuk melaku­kan kerja-kerja kebangkitan itu. Setelah sempurna dan selesai program kebangkitan untuk sesuatu zaman maka peranan tarekat tersebut pun berakhir. Ertinya tarekat tersebut 'ber­fungsi’ dan'berperanan' hanya untuk zaman itu yakni di tangan pemimpinnya (mujaddid). Bagi zaman lain, tarekat lain pula yang akan berperanan, yang mana ia mampu dan sesuai dengan suasana serta keperluan zaman itu dengan tokoh pemimpin kebenaran yang lain.

Aurad Muhammadiah telah diamalkan oleh ratusan ribu pengamal di Malaysia , Singapura, Brunai dan lain-lain sejak 200 tahun yang lalu. Ia diwariskan dari generasi ke generasi dengan selamatnya dan telah melepasi segala halangan. Aurad Muhammadiah adalah wadah istimewa untuk Imam Mahdi, pemiliknya yang menjadi peneraju utama kebangkitan akhir zaman. Ia adalah tarekat untuk para pejuang kebenaran akhir zaman. Berzikir dengannya, pejuang-pejuang Islam akhir zaman akan dibantu Allah untuk menzahirkan sistem Islam dalam kehidupan serta mampu melepasi dari musuh-­musuh yang menghalang.

Oleh kerana itulah Abuya di dalam melalui liku-liku per­juangannya berpuluh-puluh tahun, diberi kekuatan dan di­bantu dalam menempuh segala ujian getir dan mendahului strategi musuh. Sungguh luar biasa ‘power’ Aurad Muham­madiah menautkan hati-hati para pejuang hingga jadi kuat dengan Allah dan Rasul. Tujuh ayat Al Quran dan selawat yang terkandung di dalamnya benar-benar satu formula untuk memproses jiwa dan hati-hati para pejuang kebenaran akhir zaman.

1. Imam Mahdi

Hadis-Hadis tentang Imam Mahdi dan jadual Tuhan di akhir zaman banyak yang bersifat 'kod-kod rahsia' yang Allah dan Rasul sendiri sifatkan. Maka untuk memahaminya mestilah seseorang yang diberi faham sendiri oleh Allah dan Rasul secara ilham.

Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim sebagai pelaksana kebangkitan akhir zaman, diberi ilham untuk menambah faham erti keseluruhan pakej Hadis akhir zaman itu. Selain mereka, sekalipun para ulama, sekalipun Yahudi, mereka tidak tahu secara pasti bentuk atau format sebenarnya tentang bagaimana berlakunya kebangkitan itu. Ini kerana maksud asal Hadis-Hadis itu terlalu umum dan kabur.

Abuya telah mengkaji jadual Tuhan untuk akhir zaman ini, khususnya tentang Imam Mahdi selama lebih 50 tahun. Menurut Abuya, dia memang diberi faham oleh Allah tentang konsep, teknik dan hala tuju perjuangan akhir zaman, bagai­mana ia bermula sampailah ke akhirnya. Kefahaman itu sudah diuji dalam tindakan dan sudah pun berhasil sehingga Abuya amat yakin bahawa kefahaman yang didapatkan dari masa ke semasa itu memang satu kebenaran.

Berikut ialah apa yang Abuya faham tentang Imam Mahdi dan perjuangannya dengan merujuk kepada Hadis-Hadis akhir zaman serta ilham yang Abuya dapat dari masa ke semasa, sejak 40 tahun yang lalu:

i. Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan Allah. Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.

ii. Di hari kezahirannya, iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika khatib sedang membaca khutbah di mimbar Masjidil Haram di Mekah, hidung khatib tersebut berdarah kerana cuaca terlalu panas. Maka khatib itu turun dari mimbar dan digantikan oleh khatib kedua. Hal yang sama ber­ulang sehingga khatib yang keenam. Khatib yang ketujuh tidak berdarah hidungnya maka dia menjadi imam sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi yang dizahirkan buat pertama kali setelah dighaibkan Tuhan selama lebih 80 tahun.

iii. Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibu­nya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.

iv. Imam Mahdi akan zahir tidak lama lagi iaitu selepas ter­jadinya daulah Islamiah di Malaysia iaitu sekitar 3 hingga 4 tahun lagi.

v. Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima se­rahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku sete­lah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.

vi. Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar dirinya. Dia hanya berhubungan dengan para wazirnya untuk melengkapkan persiapan sebelum pengisytiharan. Namun umat Islam yang sudah tahu tentang keberada­annya mahu berbaiah padanya. Mereka disyaratkan untuk berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim yang berada di Malaysia .

vii. Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi haki­katnya telah memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir.

viii. Dengan kuasa daulah yang ada, dengan sistem peme­rintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.

ix. Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih kurang tujuh tahun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi, hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi.

Begitulah kefahaman Abuya tentang Imam Mahdi dan jemaah yang akan terjadi. Abuya bukan sahaja mempromosi Imam Mahdi bahkan Abuya sedang mempersiapkan jemaahnya dan team perjuangannya untuk diserahkan kepada Imam Mahdi.

5. Malaysia Negara Islam

Abuya melihat, apa yang sedang berlaku di Malaysia tanah air tercinta ialah satu proses biasa dan luar biasa untuk menuju kepada negara Islam.

Di Malaysia, insya-Allah akan terjadi perubahan besar secara aman damai. Malaysia akan jadi lebih indah dari apa ada sekarang. Ia bagaikan Mekah dan Madinah di bawah pemerintahan Rasulullah SAW.

Di antara perubahan-perubahan yang akan terjadi dan sangat menonjol itu, insya-Allah ialah suasana aman di mana penduduk beragama Islam saling berkasih sayang. Manakala
dengan yang bukan Islam, mereka akan berbaik-baik. Tidak ada krisis dan pergaduhan dalam negara yang diberkati dan diampunkan Allah itu. Kerana keamanan yang luar biasa itu juga, Malaysia akan jadi tumpuan lawatan bangsa-bangsa asing dari seluruh dunia.

Maksiat dan kemungkaran pula akan terbasmi dengan sendirinya. Penutupan aurat dan pengasingan lelaki dan pe­rempuan terserlah di mana-mana. Muda-mudi umumnya cenderung menuju taqwa. Kehidupan pemimpin-pemimpin tidak berbeza dengan kehidupan rakyat jelata. Kerana contoh masyarakat Islam ada di Malaysia , orang lebih suka ke Malay­sia dari ke Mekah untuk melihat realiti masyarakat Islam.

Negara-negara lain akan tertarik untuk mengadakan hu­bungan ekonomi dengan Malaysia . Rezeki di negara yang diberkati ini melimpah ruah dari langit dan bumi. Asas kemakmuran itu adalah kasih sayang. Mereka yang berkunjung ke Malaysia akan menjadi duta tidak rasmi yang akan membawa pulang cerita dan berita tentang negara ini ke negara masing-­masing. Negara-negara jiran juga suka berbaik-baik dengan Malaysia bahkan mencontohi Malaysia dalam banyak perkara.

Abuya bukan bermimpi atau berangan-angan. Ini adalah keyakinan Abuya kerana beliau sangat yakin dengan janji Allah. Bahkan Abuya sebenarnya dimonitor oleh Rasulullah untuk menelusuri jadual Tuhan ini hingga beroleh keme­nangan. Sudah tentu apa yang ditulis ini akan jadi kontroversi kepada orang yang tidak senang dengan kebenaran. Namun Abuya bukan melulu. Siapa yang meneliti dan bersih hati, rasanya tidak terlalu susah untuk memahami sikap Abuya. Lagipun sebelum ini sudah banyak apa yang Abuya perkata­kan sudah terjadi satu persatu dengan izin Allah.

Lampiran 3

MENENTUKAN IMAMUL MAHDI BUKAN SOAL AQIDAH

Persoalan Imamul Mahdi adalah satu perkara yang berbentuk kepercayaan yang boleh dikhilafkan. la bukan persoalan aqidah yang pokok atau asas. Ertinya ada ulama yang percaya tentang Al Mahdi dan ada ulama yang tidak percaya.

Tegasnya Al Mahdi adalah soal kepercayaan yang tidak wajib diyakini. Dengan kata lain ianya tidak setaraf dengan soal kepercayaan yang menjadi aqidah (seperti percaya ke­pada rukun iman yang enam) yang mana telah diijmak oleh ulama muktabar.

Seandainya kita ihtimalkan persoalan Imamul Mahdi se­bagai aqidah, apa akan terjadi kepada sebahagian besar masyarakat Islam yang tidak pernah ambil tahu tentang perkara AI Mahdi itu? Apakah kita berani mengatakan aqidah mereka rosak kerana tidak mempercayai persoalan Al Mahdi itu?

Adakah taraf persoalan Al Mahdi itu sama dengan taraf rukun iman atau rukun Islam? Bahkan yang pasti, persoalan Al Mahdi tidak termasuk dalam perkara rukun iman dan tidak termasuk dalam rukun Islam. Tidak cacat iman atau Islam seseorang sekiranya dia tidak mempercayai atau sebaliknya.

Seorang ulama terkenal dari Mesir yang bernama Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim, bekas ahli Majlis Fatwa Mesir, mengatakan bahawa persoalan AI Mahdi adalah merupakan persoalan aqidah yang bukan pokok. Maka menentukan Imamul Mahdi juga bukan persoalan aqidah. Dengan ayat yang lain yang mudah difahami, sekiranya persoalan Imamul Mahdi bukan soal aqidah maka menentukan Imamul Mahdi juga bukan persoalan aqidah. Maka ianya adalah perkara yang boleh diijtihadkan.

Bahkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai ajaran Qadiani pada tahun 1975 memutuskan Al Mahdi bukan termasuk dalam aqidah Islamiah. Ini dikuatkan lagi dengan seorang tokoh ulama, Ibnu Khaldun yang menolak Hadis tentang Al Mahdi.

Kiyai Shamsudin, Tuan Guru Syed Omar, Prof Syeikh Husin Azmi dan Prof. Anwar Musyaddad adalah antara ulama yang mengatakan Al Mahdi bukan soal aqidah yang wajib diyakini.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menyesatkan atau mem­bidaahkan orang yang melakukan ijtihad di dalam menen­tukan Imamul Mahdi kerana persoalan Imamul Mahdi adalah persoalan khilafiah, persoalan kepercayaan yang tidak wjaib diyakini dan merupakan persoalan aqidah yang bukan pokok yang tidak termasuk dalam rukun iman dan rukun Islam. Dengan itu kita tidak boleh menuduh sesat kepada orang yang berijtihad menentukan Imamul Mahdi tanpa nas dan ijmak ulama atau qias yang jali (huraian yang panjang).

Lampiran 2

YAQAZAH

Definisi Yaqazah dan Musyafahah

Erti yaqazah pada bahasa ialah jaga, sedar, bukan dalam ke­adaan mimpi, (yaqiza) Aiy mutayaqqizun: Hazirun: jaga, sedar, berjaga-jaga.
Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh AI Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, AI Maktabah AI'asriyah, Soida, Beirut . (m.s. 349)

Adapun pengertian yaqazah pada istilah perbahasan ilmu tasawuf ialah bertemu atau berjumpa dengan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga (bukan mimpi) dan ia merupakan satu karamah wali-wali Allah.

Erti musyafahah pada bahasa pula ialah berbual-bual antara dua pihak. (Al Musyafahah) Al Mukhatobah min fika ila fihi.
Mukhtarus Sihah, lisy Syeikh AI Imam Muhammad bin Abi Bakar bin Abdul Qadir Ar Razi, AI Maktabah AI'asriyah, Soida, Beirut . (m.s. 167)

Pada istilah pula ialah berbual-bual dengan roh Rasulullah SAW atau bersoaljawab atas apa-apa kesamaran dalam aga­ma atau menerima amalan-amalan tertentu dari baginda.

Yaqazah adalah satu perkara luar biasa yang mencarik adat. la menjadi salah satu sumber kekuatan para ulama yang hak dalam mempertahankan kebenaran. Imam As Sayuti apabila ingin memasukkan sebuah Hadis ke dalam kitab karangannya akan bertanya kepada Rasulullah SAW secara yaqazah: “Adakah Hadis ini daripadamu ya Rasulullah?" Jika Rasulullah SAW membenarkan, barulah beliau merekodkan Hadis tersebut. Begitujuga berlaku kepada ramai auliya Allah.

Ini merupakan satu 'teknologi' yang sangat canggih yang tidak mampu dipintas oleh musuh-musuh Islam di kalangan Yahudi dan Nasrani. Bagaimana mereka ingin memintasnya sedangkan kekuatan mereka setakat memaksimumkan peng­gunaan akal. Akal sampai bila pun tidak akan berjaya menga­lahkan kekuatan roh. Inilah senjata kemenangan ulama-ulama dan para pejuang Islam sepanjang sejarah. Dengan bersungguh-sungguh mengusahakan taqwa, Allah kurniakan kepada mereka bantuan-bantuan- Nya secara zahir atau rohani. Di antara bantuan-bantuan rohani ialah mimpi yang benar, firasat, kasyaf, hatif dan lain-lain. Bacalah sejarah Tariq bin Ziad, Salehuddin Al Ayubi, Muhammad Al Fateh, Mimar Sinan, Imam Al Ghazali, Imam As Sayuti. Kajilah rahsia ke­jayaan mereka.

Hukum Yaqazah

Yaqazah hukumnya harus berlaku pada wali-wali Allah se­bagai kemuliaan (karamah) yang Allah kurniakan kepada mereka. la adalah perkara yang mencarik adat (luar dari kebiasaan) pada logik manusia sedangkan ia masih dalam lingkungan mumkinat (harus) bagi Allah mengadakan atau mentiadakannya.

Perlu diketahui perkara yang bersalahan dengan adat boleh dibahagikan kepada empat kategori, berdasarkan di tangan siapa ia terjadi:
Mukjizat: Berlaku kepada para rasul a.s. sebagai bukti kerasulan mereka untuk mencabar penentang-penentang mereka.

Karamah: Berlaku kepada kekasih-kekasih Allah (para wali) lambang kemuliaan yang Allah beri kepada mereka.

Maunah: Berlaku kepada orang-orang mukmin dengan berkat guru atau amalan tertentu yang diistiqamahkan.

Sihir: Berlaku di tangan orang-orang fasik atau kafir secara istidraj (dalam murka Tuhan).

Dalil Boleh Beryaqazah

Perlu diketahui dan difahami, ada banyak ayat -ayat Al Quran yang memberi isyarat tentang peristiwa yaqazah ini. Kalaulah ia boleh berlaku kepada para rasul a.s. sebagai mukjizat, ia juga boleh berlaku kepada wali-wali Allah sebagai karamah.

Dalil pertama: Pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan Nabi Musa a.s.

Ketika Rasulullah SAW dimikrajkan, baginda diperte­mukan dengan Nabi Musa a.s. sedangkan Nabi Musa telah wafat lebih 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Oleh kerana besarnya peristiwa ini maka Allah rakamkan di dalam Al Quran dengan firman-Nya:
Maksudnya: “Maka janganlah kamu ragu tentang pertemuanmu (dengan Musa ketika mikraj).” (Sajadah:23)

Dalil kedua: Solat jemaah Nabi SAW dengan para rasul.

Nabi Muhammad SAW bersembahyang berjemaah dengan para rasul di malam israk sebelum baginda dimikrajkan.
Firman Allah:

Maksudnya: “Dan tanyalah orang-orang yang kami utus sebelum kamu (wahai Muhammad) di antara para rasul Kami itu.” (Az Zukhruf:45)

Di dalam tafsir Al Qurtubi, juzuk ke-7, ms 5915 tercatat:

“Masalah bertanya kepada Anbiaya di malam mikraj, Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa para anbiya bersembahyang dengan berimamkan Rasulullah SAW dalam tujuh saf. Tiga saf terdiri dari rasul-rasul. Manakala empat saf lagi untuk nabi-nabi. Pertemuan Nabi SAW ini adalah dalam keadaan jaga dan Nabi SAW telah bertanya sesuatu kepada mereka di malam itu.”

Dalil ketiga: Hadis dari Abu Hurairah r.a.

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Aku dengar Nabi SAW ber­sabda:

Maksudnya: "Sesiapayang melihatku di dalam mim­pi, maka dia akan melihatku di dalam keadaan jaga dan syaitan tidak boleh menyerupai diriku." (Sahih Bukhari, juzuk ke-9, m.s. 42)


Pengakuan Ulama Mengenai Yaqazah
Ibnu Arabi dalam kitabnya Fara'idul Fawa'id menulis:

“Adalah harus (khususnya bagi wali Allah yang diberi karamah) untuk bertemu dengan zat Nabi SAW baik rohnya atau jasadnya kerana Rasulullah SAW seperti lain-lain nabi dan rasul, semuanya hidup bila mereka dikembalikan (kepada jasadnya) serta diizinkan oleh Allah keluar dari kuburnya."

Dalam kitab Al Khasoisul Kubra, Imam As Sayuti dalam
Syarah Muslim oleh Imam Nawawi menulis:
“Jikalau seseorang berjumpa Nabi SAW (dalam mimpi atau jaga), baginda menyuruh akan sesuatu perbuatan (sunat), melarang satu larangan, menegah atau menun­jukkan suatu yang baik, maka tiada khilaf ulama bahawa adalah sunat hukumnya mengamalkan perintah itu."

Maksudnya: "Maka janganlah kamu ragu tentang per­temuanmu (dengan Musa ketika mikraj)." (Sajadah: 23)

Pihin Datuk Seri Maharaja Datuk Seri Utama, Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei Darus­salam, mengeluarkan fatwa melalui Pejabat Mufti, Kemen­terian Hal Ehwal Agama, Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadil Awal1408H, 4 Januari 1988 iaitu:

"Maka nyata dari kata-kata ulama yang di atas ini bahawa berjumpa dengan Nabi SAW waktu tidur atau waktu jaga dan Nabi SAW mengajar akan sesuatu ilmu, suatu doa, suatu selawat dan suatu zikir, adalah harus dan boleh, bagaimana telah berlaku pada ulama-ulama, ahli ilmu Islam, wali-waliAlIah dan orang-orang solehin, kita berkata perkara seperti itu termasuk di bawah erti­kata fadhailul a'mal.

Ada pun perkara halal dan haram telah tertutup dengan berhenti wahyu kepada Nabi kita dan dengan wafat Nabi kita SAW sebagaimana kita telah sebutkan di awal-awal rencana ini.

Sila baca kitab-kitab berkenaan wali-wali Allah se­perti Syawahidul Haq karangan Syeikh Yusuf Anbahani dan kitab Lathoiful minan karangan Al Arifbillah Tajuddin bin Athaillah As Sakandari yang meninggal tahun 709H dan Jami'u Karamatil Auliya karangan Syeikh Anbahani dan Hilyatul Auliya oleh Al Hafiz Abu Naim dan karangan Al ‘Alamah Dr. Abdul Halim Mah­mud, Mesir dan lain-lain."

Lampiran 1


A. Surat dari Pengurus Besar Nahdatul Ulama Mengenai Keputusan Syura NU Tentang Aqidah Darul Arqam

Bismillahirrahmanir rahim,

Pengurus Besar Syuriyah Nahdatul Ulama dalam perte­muan tanggal 6 Rabiul Awal1415H atau bertepatan dengan tanggal12 Agustus 1994, yang diikuti Rais Syuriyah PBNU dan Rais Syuriyah PWNU Se-Jawa untuk membahas tentang aqidah Darul Arqam, setelah memperhatikan:

1. Seruan Bapak Presiden yang menyatakan agar masyarakat mengembangkan kesejukan dalam beragama dan bersikap arif dalam menghadapi masalah keagamaan.
2. Keputusan Silaturrahimi Nasional Majelis Ulama Indonesia tanggal16 Juli 1994 di Pekan Baru, Riau.
3. Penjelasan dari pimpinan Darul Arqam dalam pertemuan dengan Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama, tang­gal 12 Agustus 1994.
4. Pandangan peserta rapat PB Syuriyah Nahdlatul Ulama, berpendapat sebagai berikut:


i. Bahwa aqidah yang dianut Darul Arqam adalah Islam yang berhaluan Ahlussunnah wal Jamaah, dalam tau­hidnya mengikuti Imam Asya'ari dan Maturidi, dalam fekah mengikut mazhab Syafi'i dan dalam tasawuf mengikut Imam Ghazali. Paham tersebut merupakan paham yang dianut oleh sebagian besar umat Islam di Indonesia.

ii. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi ber­temu dengan Rasulullah dalam keadaan jaga tidak dapat dikatakan sesat kerana sebagian ulama mem­benarkan kemungkinan para auliya bisa bertemu dengan para Nabi yang sudah wafat. Hal ini, antara lain terdapat dalam kitab AI-Hawi karangan Imam Jalaluddin As-Sayuti. Dan kepercayaan tersebut juga dianut oleh sebagian umat Islam di Indonesia.

iii. Kepercayaan Darnl Arqam bahwa Syekh Suhaimi me­nerima Aurad Muhammadiyah dari Rasulullah juga tidak dapat dianggap sesat karena Aurad Muham­madiyah tersebut tidak mengandungi muatan dan ketentuan hukum sehingga tidak dapat dikatakan ber­tentangan dengan ayat Al Quran: ¡Alyauma akmaltu lakum dinakum waatmamtu alaikum ni'mati warodlitu lakumul Islama dina¢ (al-Maidah: 3). Ajaran tersebut juga dianut oleh Imam AI Ghazali dan beberapa ulama lain, seperti disunatkannya membaca sepuluh bacaan yang dibaca tujuh kali (al-Asyratul Musabba'ah) yang dibaca sesudah shalat shubuh sebelum terbit matahari. Aurad tersebut berasal dari Syekh Ibrahim at-Taimi, dan beliau memperolehi dari Nabi Khidir dan Nabi Khidir sendiri memperolehi dari Rasulullah. Hal ini terdapat dalam kitab Ihya' Ulumiddin dan Nihayatuz Zain dan semua kitab tasawuf.

iv. Syahadat Darul Arqam tidak bertentangan dengan aqidah Islam sebab syahadat Darul Arqam sama dengan syahadat yang diucapkan umat Islam yang lain. Hanya di dalam wirid Muhammadiyah, sesudah membaca dua kalimah syahadat Darul Arqam menye­but Khulafaur Rasyidin dan al-Mahdi dalam rangka zikrussalihin.

v. Mengenai tawassul, istighasah dan berzanji yang diamalkan Darul Arqam hal itu merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh sebagian besar umat Islam di Indonesia.

Berdasarkan pendapat tersebut di atas, maka Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama sepakat mengambil kepu­tusan sebagai berikut:

1. Sampai saat ini Pengurus Besar Nahdlatul Ulama tidak melihat adanya hal-hal yang dianggap sesat dari aqi­dah Darul Arqam sebagaimana yang diputuskan oleh Majelis Ulama Indonesia Pusat dalam pertemuan 'Silaturrahmi Nasional' di Pekan Baru, Riau, tangga 16 Juli 1994.
2. Meminta kepada pemerintah agar tidak melakukan pelarangan terhadap Darul Arqam dengan alasan dan pertimbangan aqidah.
3. Mengimbau kepada semua pihak agar mengem­bangkan sikap terbuka, memperkuat ukhwah Islami­yah, toleran dan berpikiran jernih serta berlaku arif dalam menghadapi dan menangani setiap masalah keagamaan.

Jakarta , 6 Rabiul Awal1415H
bersamaan 12 Agustus 1994.


1. Datuk Syeikh Othman Haji Ibrahim
"AMPDA tidak sesat, hanya mengandungi fakta-fakta dan kalimah yang mengelirukan. Namun istilah 'keliru' tidak semestinya . membawa kepada kesesatan." (Mingguan Islam, 28 Oktoboer 1988)

2. Tuan Haji Mat Yahya Hussin (Mufti Perlis)
"Buku AMPDA itu tidak mengandungi ajaran sesat dan hanya terdapat beberapa kekeliruan sahaja." (Mingguan Islam, 28 Oktober 1988)

3. Tuan Haji Abdullah Long (guru agama terkenal dan pengamal tarekat Naksyabandiah di Muazam Shah)
"AMPDA tidak mengandungi perkara yang bercanggah dengan
syariat apalagi bertentangan dengan aqidah yang benar." (Mingguan Islam, 7 November 1988)

4. Tuan Guru Haji Ismail bin Awang (Kampung Bukit . Payong, Kuala Terengganu)
"Pihak Jabatan Agama menghukum sesat terhadap buku AMPDA dan terhadap Darul Arqam itu adalah rumusan satu-satu pihak sahaja. Seeloknya sebelum keputusan dibuat, pihak berkenaan hendaklah mengadakan perbincangan di antara ulama-ulama dan mereka yang pakar dalam bidang yang dipertikaikan. Jangan dihebohkan isu itu dalam akhbar. Selain itu beri peluang kepada penyusun itu (Abuya Ashaari Muhammad) memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang tidakjelas itu." (Mingguan Islam, 7 Oktober 1988)

5. Tuan Guru HajiAbdul Aziz Jamil, 73 tahun (Tuan Guru Tambun, Ipoh , Perak)
"Tindakan mengharamkan buku tersebut ada hubungan dengan gerakan musuh peringkat antarabangsa. Memang telah menjadi niat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan badan-badan Islam dengan memperalatkan umat Islam sendiri." (Mingguan Islam, 21 Oktober 1988)

B. Kenyataan Ulama-Ulama Yang Menyokong Buku 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam' (AMPDA) Tidak Sesat

6. Ustaz Haji Muhammad Taha Suhaimi, Presiden Per­satuan Islam dan Pencak Silat Singapura.
"Aurad Muhammadiah telah difatwakan menyalahi aqidah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berdasarkan keputusan yang diambil pada 5 Ogos lalu (1986 - penerbit), tetapi tidak demikian di Singapura. Perlu dijelaskan bahawa ulama muktabar di kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, telah sekata bahawa masalah agama yang tidak disokong oleh nas atau dalil-dalil qat'ie boleh dipertikai oleh ulama, sama ada ia melibat aqidah atau syariah. Tegasnya, masalah agama yang boleh dibahas hanya terbatas pada masalah far'iyah (cawangan) bukan asasiyah (pokok).

"Berdasarkan rumusan itu, nyatalah bahawa Aurad Muham­madiah bukan masalah aqidah asasiyah kerana ia tidak boleh men­jadikan seorang mukmin itu sesat imannya, kafir atau terkeluar dari Islam. Dengan kata lain masalah Aurad Muhammadiah adalah masalah khilafiah kerana adanya fatwa yang berbeza di kalangan ulama."

KESIMPULAN

SEJARAH telah memaparkan ketika Rasulullah datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan baginda. Begitu juga bilamana Rasu­lullah dapat kembali ke Mekah, keadaan Mekah jadi jauh lebih baik dari sebelumnya. Musuh Islam sebaliknya telah memutar-belitkan sejarah konon Rasulullah pengganas pe­rang. Insya-Allah di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi akan selesaikan semua masalahnya secara kasih sayang me­lalui wakil mereka, Putera Bani Tamim. Malaysia akan betul-­betul jadi negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup me­nonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengi­kut yang ramai. Perjuangannya jadi begitu berpengaruh. Ertinya kebangkitan itu menghala kepada Abuya. Hingga hari ini pengikutnya begitu komited, ramai dan jemaahnya terus wujud walaupun terdapat berbagai-bagai halangan.

Kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia , inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Dua tokoh yang disiapkan Tuhan untuk menerajui kebangkitan itu ialah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; oleh kerana sudah wafat; rohnya hidup dan aktif bertindak sebagai ¡master mind¢. Sementelahan Hadis- Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang mena­gihnya bersama baginda.

Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba agar setiap apa yang Rasul janjikan untuk akhir zaman itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda berlaku­nya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah. Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia , yakni orang Melayu, untuk menagih janji Tuhan itu. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan, kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan selamat berada di bawah naungannya.

Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan ikhwan dengan melantik Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.

Apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam dan kini Rufaqa' ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Ia merupakan berita gembira untuk umat Islam danjuga bukan Islam. Kegemilangan Islam yang akan berlaku ini membawa keamanan, kedamaian dan kemakmuran kepada seluruh dunia. Bukan sahaja umat Islam bertuah dengan kedatangan­nya bahkan orang bukan Islam pun dapat menerimanya kerana fitrah manusia suka kepada kebaikan, kasih sayang, keamanan dan keharmonian.

Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu ialah Imam Mahdi yang aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam atau Rufaqa' iaitu Abuya Ashaari Muhammad sebagai wazir kanan kepada Imam Mahdi yang membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Ertinya Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim. Per­juangan mereka akan mendapat sebuah negara Islam iaitu Malaysia secara aman, damai dan harmoni. Abuya Ashaari sedang berusaha menagih janji Tuhan agar jadual kebangkitan yang Allah dan Rasul sebutkan di dalam Hadis-Hadisnya benar-benar akan berlaku tidak lama lagi!

SAJAK

Dialah Putera Bani Tamim

Dia insan pilihan Tuhan
Yang dijanjikan di akhir zaman
Dia dilantik oleh Tuhan
Memperbaharui urusan agama di zamannya
Ilmunya luar biasa
Mampu menyelesaikan segala permasalahan dunia
Tanpa merujuk kepada sesiapa
Kerana ilmunya ilham dari Tuhan

Dia tiba di awal kurun
Berperanan jua di awal kurun
Dia hadir membawa rahmat seluruh alam
Sepertimana hadirnya Rasulullah ke dunia ini
Hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya
Dan kehadirannya digeruni oleh musuh
Namun tidak dapat ditewaskan dirinya
Kerana di belakangnya ada Tuhan
Yang menjadi sumber segalanya
Kepimpinannya amat disanjungi
Yang kasih padanya terlalu kasih
Yang benci pada dirinya terlalu benci
Tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia

Dialah yang utama paling dicintai Tuhan
Kerana dia jua amat mencintai dan takutkan Tuhan
Keperibadiannya amat membayangi Rasulullah
Kerana itulah dia digelar Rasullir-rasul
Dia hadir di kala dunia amat memerlukan keberkatannya
Dia memperbaharui segala sistem dunia
Yang sedia ada yang ternyata tidak menyelamatkan dunia
Lalu digantikannya dengan sistem baharu
laitu sistem Tuhan yang selamat dunia dan Akhirat
Dan dialah seorang manusia luar biasa
Dialah Putera Bani Tamim

Jadual Tuhan Yang Telah Berlaku

Telah banyak jadual Tuhan yang terjadi dalam sejarah sama ada yang positif atau negatif. Berikut adalah dua jadual besar positif yang telah pun berlaku.

1. Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan Islam

Ketika menggali parit dalam persiapan peperangan Khandaq, Rasulullah telah memberitahu para Sahabat bahawa Rom dan Farsi akan jatuh ke tangan umat Islam.Rom dan Farsi ketika itu adalah dua super power dunia, bagaikan Amerika dan Rusia (sebelum kejatuhannya dalam tahun 8O-an). Dan ternyata Hadis itu terbukti dengan jatuhnya Romawi Timur dan Farsi ke tangan tentera Islam pada zaman Khalifah Umar AI Khattab. Bahkan jadual ini Tuhan nyatakan dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi di beberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan (jadual) Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang mukmin bergembira dengan pertolongan Allah itu." (Ar Rum: 2-4)

2. Konstantinopel jatuh ke tangan Islam

Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang ketua yang baik lagi beragama, (tenteranya) tidak melampaui batas, tidak mencuri dan (rakyat) tidak menipu dan tidak bergaul bebas." (Riwayat Al-Imam Abu Hassan Ahmad bin Jaafar) - Dipetik dari kitab Al Uq- duddurar fi akhbar Al Muntazar.

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Pasti Konstantinopel akan dibuka (ditakluk), dan sebaik-baik ketua adalan ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. " (Riwayat Ahmad dan Hakim dari Busyr Al Ghanawi)

Para Sahabat dan salafussoleh berlumba-lumba untuk merebut janji Tuhan tentang kejatuhan Konstantinopel itu, dengan harapan di tangan merekalah berlaku janji tersebut. Tetapi mereka gagal sehinggalah 600 tahun sesudah kewafatan Rasulullah. Hal ini baru terjadi di tangan Muhammad Al Fateh, keturunan Bani Usman. Lalu dari situlah munculnya Turki Usmaniah yang menjadi empayar kepada tiga benua dengan 29 negara di bawah takluknya. Hingga hari ini kalau kita ke Turki, kita masih dapat saksikan kesan-kesan kegemilangan dan kegagahan Islam yang ditinggalkan itu.

Apakah Tugas Dan Tanggungjawab Putera Bani Tamim?

Kalau hendak dijadikan contoh atau bandingan, tugas putera bani tamim adalah seperti tug boat. Ia adalah sebuah kapal yang mempunyai horse power yang besar. Bila ada kapal hendak keluar dari dermaga, tug boat bekerja untuk menariknya keluar sehinggalah kapal besar itu dapat belayar di lautan.

Imam Mahdi adalah ibarat kapal besar yang akan menjelajah dunia. Putera Bani Tamimlah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk berperanan di dunia. Ertinya Putera Bani Tamim mesti menyelesaikan tanggungjawabnya agar Imam Mahdi zahir. Sedangkan dunia sedang menunggu kezahiran Imam Mahdi untuk mengembalikan keadilan dan keamanan ke atas buminya. Di sini kita dapat fahami Putera Bani Tamim
mempunyai tanggungjawab yang amat besar.

Perjuangan Putera Bani Tamim ini jelas terkandung dalam hadis Rasulullah SAW iaitu:

Abdullah bin Mas'ud r.a. meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: “dari Ibnu Mas'ud r.a katanya: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim (yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apa­bila terpandang akan mereka, maka kedua mata RasuIullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda ber­ubah. Aku pun bertanya, "Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?"

Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat Iebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan Ialu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan.
Sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi. " (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Secara ringkasnya, perjuangan Putera Bani Tamim itu ialah:

1. Menyampaikan ilmu tajdid

Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem hidup Islam, tetapi BUKAN mengenai hukum-hakam syariat. Persoalan hukum-hakam syariat, umum mudah memahami­nya tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun di kalangan ulama.

Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan ilmu rahsia akhir zaman. Tuhan berikan kepadanya ilmu ilham atau ilmu tajdid (minda) dari masa ke semasa. Putera Bani Tamim diberi faham bagaimana hendak membangunkan je­maah perjuangannya. Putera Bani Tamim dianugerahkan kaedah bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa kepada Tuhan. Putera Bani Tamim mendapat kaedah bagai­mana melahirkan sistem hidup Islam untuk menggantikan seluruh sistem hidup yang sudah rosak di akhir zaman. Bah­kan kepadanya diberi khazanah ilmu ilham yang boleh men­jawab semua persoalan dan permasalahan masyarakat dunia waktu ini.

Hakikatnya ilmu tajdid ini adalah kepunyaan Imam Mahdi yang disalurkan kepada Putera Bani Tamim. Maka tugas wajib Putera Bani Tamim adalah untuk menyampaikan ilmu atau minda Imam Mahdi itu ke seluruh dunia. Minda ini adalah persediaan paling asas menanti kezahiran Imam Mahdi. Ke­rana itulah Putera Bani Tamim dan teamnya bertanggung­jawab menghantar minda Imam Mahdi ke seluruh pelosok dunia hingga ke akar umbi. Dengan minda Imam Mahdi itulah nanti manusia akhir zaman akan kembali mengenal Tuhan hingga akan terhasillah model sebuah masyarakat Islam yang membesarkan Tuhan di dalam seluruh aspek kehidupan mereka.

2. Melahirkan ikhwan

Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Apabila azan sang muazzin, bcrserulah dia: Asyhadu allaa ilaaha illallah, (ketika itu) bergon­canglah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulul­lah SAW. Begitujuga segala mahligai Syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang- goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan di .saat itu Rasulullah SAW pula tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-­nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

Rasulullah SAW bersabda lagi:

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, “Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-­saudaraku). "

Terkejut para Sahabat lalu berkata, "Wahai Rasu­lullah, bukankah kami ini ikhwanmu?"

Rasulullah berkata, "Tidak. Kamu adalah Sahabat-­Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup 'menjual' keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman dengan­ku."

Daripada .kedua-dua Hadis itu Rasulullah SAW menya­takan bahawa para ikhwan ini lahir selepas baginda SAW wafat. Disebutkan juga golongan ikhwan ini adalah suatu toifah ertinya golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman, bukan pada awalnya atau pada pertengahannya. Golongan ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW melebihi rindu baginda kepada yang lainnya. Ini adalah kerana para ikhwan amat mencintai dan beriman kepada Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasul bahkan mereka hidup di zaman yang jauh dari Rasul.

Ada dua sifat utama yang terdapat pada para ikhwan iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud akhlak para nabi terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada peribadi dan perjuangan mereka bukannya sekadar teori.

Yang keduanya disebut para ikhwan menempuh perjalanan para siddiqin. Oleh kerana para ikhwan berjuang di akhir zaman di kala dunia sudah terlalu rosak dan manusia sudah terlalu jauh dari Tuhan, mereka sangat membesarkan dan mempromosi Tuhan serta mempertahankan Sunnah Rasulul­lah SAW. Lantaran itu mereka kelihatan janggal pada pan­dangan masyarakat umum bahkan apa yang mereka per­juangkan dianggap terlalu Asing.

Golongan ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW ini adalah team kepimpinan Imam Mahdi, yang melalui merekalah agama Islam itu dinaikkan semula oleh Allah SWT ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui Rasul dan Sahabat-Sahabatnya. Para Sahabat r.a. adalah murid dan juga team kepimpinan Rasulullah SAW. Menjadi para Sahabat itu mahal kerana Sahabat hanya ada di zaman Rasulullah. Para Sahabatlah yang menyampaikan ajaran Rasulullah sehingga Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Oleh kerana peranan para ikhwan di akhir zaman amatlah besar, tentulah mereka dipimpin oleh bukan calang-calang pemimpin. Pemimpin para ikhwan adalah mujaddid akhir zaman yakni Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi.

Tugas Putera Bani Tamim adalah merekrut dan menyiap­kan team ikhwan untuk diserahkan kepada Imam Mahdi. Mereka adalah 'keluarga besar' kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim adalah 'ayah' dan pemimpin para ikhwan, dan mereka pula adalah 'anak-anak' kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamimlah yang mengajar, mendidik, me­ngasuh, membentuk, membina dan membangunkan golongan ikhwan ini sehingga keperibadian mereka adalah cermin keperibadian para Sahabat r.a. pada zaman dahulu. Mereka sangat membaiki diri, gigih berjuang dan berkorban, tanpa jemu menyebarkan minda Putera Bani Tamim yang hakikat­nya adalah ajaran Imam Mahdi.

Melahirkan ikhwan ini adalah satu tugas berat yang dipikul oleh Putera Bani Tamim yang tidak akan mampu dipikul oleh para ulama lain di waktu itu. Ini adalah kerana faktor Putera Bani Tamim telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul untuk kebangkitan akhir zaman. Semua ikhwan itu bertaraf wali.

Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang. Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain mem­bawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar puluhan orang sahaja.

Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124.000 orang. Asoib terbahagi dua. Pertama, golongan ahli tarekat yang hak di seluruh dunia. Kedua, manusia awam yang sangat bersimpati dan menyokong perjuangan jemaah Putera Bani Tamim. Asoib ini adalah golongan orang soleh pilihan. Disebut orang soleh pilihan kerana mereka lahir di tangan Putera Bani Tamim dan wazir - wazir Imam Mahdi.

3. Membangunkan jemaah sebagai tapak daulah

Bilamana Putera Bani Tamim mempersiapkan para ikhwan, maka gelanggang perjuangan untuk team ikhwan dan asoib ini juga dipersiapkan. Yakni sebuah jemaah yang didalamnya mengandungi model hidup bertuhan. Model kehidupan Islam pada diri individu-individu ikhwan, keluarga mereka dan masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Masyarakat sudah letih mendengar orang bercakap dan bersyarah namun tiada role model untuk dicontohi. Maka Putera Bani Tamim bukan hanya mampu memperkatakan kebenaran, bahkan beliau berjaya menzahirkan kebenaran di dalam jemaahnya.

Di dalam jemaah Putera Bani Tamim wujud kedua-dua pembangunan insan dan material. Tamadun insaniah menjadi keutamaan bagi mereka sehingga terhasillah tamadun material yang indah, selamat dan menyelamatkan kehidupan manusia. Inilah faktor mengapa boleh terjadi keamanan, kemakmuran dan keampunan Allah didalam jemaahnya.

Putera Bani Tamim diberi Tuhan pelbagai kaedah yang paling canggih di zamannya untuk mengajak manusia kepada Tuhan, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar hingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Lalu mereka benar-­benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-­hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan, bukan Islam yang terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.

4. Melahirkan sistem hidup Islam

Zahir dalam jemaah itu kebenaran yakni cara hidup Islam yang syumul, lengkap dan global. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem per­tanian Islam dan lain-lain sistem hidup Islam yang indah, selamat dan menyelamatkan. Semua itu berlandaskan syariat Islam dan berteraskan iman.

Jemaah kebenaran tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan sahaja mampu menaungi pengikutnya, tetapi mampu menjadi tempat ber­sandar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam. Pernah dunia tunduk pada Islam yang ditaja oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Allah dan Rasulullah yang menguat­kannya sehingga terserlah kebesaran Islam sebagai cara hidup yang sebenar-benarnya.
Sistem hidup Islam dalam pelbagai aspek yang diterajui Putera Bani Tamim mampu menjadi alternatif kepada sistem hidup dunia yang sangat rosak dan merosakkan di waktu itu. Sistem yang dibawa olehnya menongkah arus perdana zaman itu, sang at berlawanan dengan nafsu jahat manusia akhir zaman yang terlalu cintakan dunia dan melupakan Akhirat. Tetapi dengan karamah Putera Bani Tamim, sungguh menge­jutkan kawan dan lawan, sistem Tuhan akhirnya menewaskan dan memenangi peperangan antara sistem yang hak dan sistem yang batil.

5. Membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah

Perjuangan team Putera Bani Tamim akhirnya memperolehi kejayaan. Jemaahnya disempurnakan oleh Allah. Melihatkan role-model yang dibawa oleh Putera Bani Tamim di dalam jemaahnya, masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.

Lalu berlakulah janji Tuhan. Tuhan menghadiahkan sebuah daulah kepada Putera Bani Tamim. Keadaan ini amat meng­gemparkan seluruh dunia terutama Yahudi dan Barat kerana ternyata usaha-usaha mereka selama ini untuk menyekat kebangkitan semula Islam di dunia ini telah gagal. Islam yang dibendung-bendung dengan pelbagai cara dan sekatan itu tetap bangkit juga. Pada waktu ini, perdagangan, pereko­nomian, pendidikan, politik serta pemikiran Yahudi dan Barat yang menjadi pakaian manusia zaman ini jadi lumpuh.

Di waktu daulah ini Putera Bani Tamim melaksanakan pro­ses pemulihan dan permulaan daulah sebagai tapak kepada ummah. Tugas Putera Bani Tamim adalah membuang seluruh sistem hidup bikinan akal manusia dan musuh Islam yang telah rosak dan membersihkan saki-baki karatnya. Putera Bani Tamim bekerja keras membuang segala sistem yang kotor dan sangat merosakkan manusia sehingga hati-hati dan fikiran rakyatnya menjadi bersih sebersih-bersihnya dan di­gantikan dengan sistem Tuhan. Sepertimanalah Rasulullah berjaya mengubah Arab jahiliah yang zalim dan rosak menjadi satu bangsa yang sangat mulia dan agung.

Kemudian Putera Bani Tamim bersama teamnya 'menye­diakan wadah hati' yang telah dibersihkan tadi supaya ber­sedia menerima suatu hidayah baru yang selama ini tertutup rapat sejak kewafatan baginda Rasulullah SAW. Sungguh besar dan berat tugas Putera Bani Tamim yakni memper­siapkan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, aqidah yang mantap dan tepat kepada Tuhannya serta kasih sayang yang subur di hati-hati manusia. Iman-iman yang berbunga, ibarat bunga-bunga berkembang mekar mewangi ke seluruh negara sehingga daulah Putera Bani Tamim menjadi contoh ikutan, role model kepada negara-negara di Timur. Kepimpinan Putera Bani Tamim dikagumi dunia dan manusia berbondong-­bondong datang untuk melihat keadilan dan kemakmuran sebuah daulah Islamiah.

6. Berbaiah dan berkursus dengan Putera Bani Tamim

Sepertimana yang dijanjikan oleh baginda Rasulullah SAW, kemunculan Putera Bani Tamim adalah menandakan akan segera pula munculnya Imam Mahdi. Ertinya Imam Mahdi tidak akan muncul sendirian melainkan didahului oleh ke­munculan mujaddid kembarnya, Putera Bani Tamim.

Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenali­nya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim yang sebelum ini juga sudah sekian lama menghe­bahkan kezahiran Imam Mahdi, memesatkan lagi aktiviti mempromosikan Imam Mahdi. Di sini kita faham bahawa kezahiran Imam Mahdi mesti didahululi oleh Putera Bani Tamim. Jika tidak, dia adalah Imam Mahdi palsu.

Di waktu itu juga ramai yang sudah mengsyaki Imam Mahdi telah zahir tetapi tidak mengisytiharkan dirinya. Lantas mereka ke Mekah untuk berbaiah dengan Imam Mahdi. Tetapi Imam Mahdi akan berkata kepada mereka, "Tidak boleh ber­baiah terus dengan Imam Mahdi, tapi mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim."

Mengapa syarat untuk berbaiah dengan Imam Mahdi adalah mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim?

Ini kerana minda untuk akhir zaman hanya dari satu sum­ber iaitu dari Putera Bani Tamim. Minda Putera Bani Tamim hakikatnya adalah minda Imam Mahdi. Tugas menyelaraskan minda Imam Mahdi sebelum kezahirannya dipikul oleh Putera Bani Tamim. Jadi maksud baiah kepada Putera Bani Tamim adalah untuk mendapatkan kursus-kursus dari Putera Bani Tamim supaya minda jadi selaras, sebagai persiapan dan kesempurnaan menanti kezahiran Imam Mahdi.

Golongan yang cepat mengesan kezahiran Imam Mahdi adalah golongan ahli-ahli tare kat, ulama-ulama yang hak, guru-guru yang bertaqwa khususnya golongan wazir-wazir bersama pengikut-pengikut dan para simpati. Semuanya mesti berbaiah dan berkursus dengan Putera Bani Tamim supaya fikiran dan pandangan dapat diselaraskan. Setelah selesai berlaku keselarasan, barulah Imam Mahdi akan mengisyti­harkan dirinya, "Saya adalah khalifah Allah." Beliau meng­isytiharkan dirinya ketika minda (ilmu tajdid) sudah selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.

Di waktu inilah nanti Imam Mahdi akan mengisytiharkan bahawa orang yang mendapat daulah di Timur adalah Putera Bani Tamim. Dan Putera Bani Tamim ,pula akan mengisyti­harkan Imam Mahdi. Pada masa itu manusia tidak akan mentertawakan lagi Putera Bani Tamim kerana Asia sudah bersatu, pengikut sudah ramai dan kepimpinan Putera Bani Tamim sudah terbukti.

Setelah berjuang beberapa tahun, di waktu Subuh di se­buah masjid di Damsyik, sewaktu Imam Mahdi hendak meng­imami solat, Nabi Isa turun. Imam Mahdi meminta Nabi Isa menjadi imam tetapi Nabi Isa menolak. Baginda meminta Imam Mahdi meneruskan sahaja menjadi imam. Di waktu itu Imam Mahdi sudah diterima di seluruh dunia dan beliau mengisytiharkan Nabi Isa.

Ertinya kaedah kezahiran tiga pemimpin kebenaran untuk kebangkitan Islam akhir zaman adalah Putera Bani Tamim akan menunjukkan Imam Mahdi dan Imam Mahdi pula akan menunjukkan Nabi Isa. Lantas berlakulah kebangkitan Islam bertaraf ummah kali kedua seperti yang dijadualkan Tuhan untuk akhir zaman.

Siapakah yang disebut dengan mujaddid itu?

Kata tajdid berarti 'pembaharuan' atau sekarang populer dengan sebutan reformasi. Sedangkan Mujaddid berarti pembaharu atau reformer. Apakah yang diperbaharuinya? Syariat Islam? Sekali-kali tidak. Memperbaharui syariat adalah semata-msta tugas Rasul. Sedangkan Mujaddid berperan dalam memperbaharui teknik/uslub/metode untuk melaksanakan syariat tersebut yang disesuaikan dengan perkembangan zaman. Namun syariatnya tetap syariat yang dibawa oleg Rasulullah SAW sebagai sayyidil mursalin (penutup dari segala Rasul)
Mengapa mereka perlu memperbaharui urusan agama, sedangkan agama Islam sudah sempurna di tangan Rasulullah SAW semenjak turunnya surat Al Maidah ayat 3.
Untuk menghindari kekeliruan perlulah dipahami apa maksud pembaharuan itu. Yaitu bukan bermaksud mengubah atau menambah sesuatu ke dalam ajaran Islam yang telah termaktub lengkap dalam Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah.
Para Mujaddid bukan membuar ajaran-ajaran baru yang berbeda dengan ajaran Islam asal yang dibawa oleh Rasulullah, Bapak Mujaddid itu.
Apa yang diperbaharui oleh para mujaddid tentang agama ini ialah dari sudut pengalaman Islam oleh orang-orang di zaman beliau dilahirkan. Kita harus memahami bahwa setelah wafatnya Rasulullah SAW dan Khulafar Rasyidin umat manusia dari generasi ke generasi mulai turun imannya yang sekaligus melemahkan amalan hidup Islam itu sendiri. Dengan kata lain hati manusia makin lama makin lalai, melupakan Allah dan akhirat, karena diisi dengan rasa asyik dengan kehidupan yang sedang dihadapi dan diburunya. Maka seboklah mereka dengan urusan hidup dunia hingga lalai dan lupa kepada urusan sebenarnya, sebagai hamba dah khalifah Allah, yang sepatutnya menjadikan dunia sebagai alat untuk ke akhirat. Ajaran Islam dilupakan tidak lagi diamalkan sebagiannya atau pun semuanya.
Kalau Allah biarkan manusia terus dalam keadaan seperti ini, pasti akan terulang kembali kehidupan jahiliah di tengah masyarakat. Bukan karena Al Qur'an dan hadits tidak ada. Ada! Tetapi karena ajarannya sudah dilupakan disimpan sebagai bahan 'khutub khanah' dah tidak lagi diambil sebagai panduan.
Maka untuk menyelamatkan manusia dari terus hanyut dalam tipuan dunia, nafsu dan syaitan, maka Allah datangkan seorang pemimpin, yang berusaha dan berjuang dengan gigih untuk menjadikan Al Qur'an dan Sunnah sebagai cara hidup yang dipraktekkan oleh masyarakat Islam.
Kalau Rasulullah SAW menerima wahyu dari Allah dan mempraktekkan masyarakat contoh, maka ulamak ini cuma melaksanakan ilmu ilmu wahyu itu dengan meniru bentuk yang telah dicontohkan oleh Rasulullah. Dengan kata lain, mereka ini berusaha untuk mengembalikan kehidupan atau cara hidup sunnah Rasulullah di tengah masyarakatnya yang sudah mengamalkan cara hidup jahiliah sebelumnya.
Kalaulah mereka ini tidak ada, sudah pasti Al Qur'an dan Sunnah akan terus dilupakan dan tidak diperdulikan. Bahkan seperti di zaman ini, Al Qur'an dan Sunnah sudah diragukan kebenarannya. Umat Islam sendiri banyak yang sudah berprasangka dengan Islam yang sebenarnya. Mereka menginginkan Islam yang sesuai dengan nafsu dan akal mereka saja.
Karena itu perlu sekali Mujaddid lahir. Karena suasana zaman tidak sama, dan tidak manusia-manusianya pun berbeda antara satu sama lainnya, maka kaidah yang perlu diambil untuk mengajak manusia kembali kepada kehidupan Islam yang sebenarnya itu juga tentu perlu berbeda-beda. Sebab itu antara mujaddid mujaddid itu ada perbedaan cara (kaidah) yang diambil untuk tujuan yang sama. Yakini tujuan memimpim umat untuk kembali kepada cara hidup Al Qur'an dan Sunnah.
Walaupun kelahiran para Mujaddid ditunjuk oleh Hadits, tapi nama mereka tidak disebutkan secara khusus oleh Al Qur'an maupun Hadits. Maka oleh para ulamak ditentukanlah siapa mujaddid itu dengan merujuk kepada syarat-syarat yang diberikan oleh Hadits yaitu:

1. Perjuangannya di awal kurun.
2. Kewibawaannya menonjol dibanding dengan ulama sezamannya.
3. Hasil perjuangannya lebih dapat menegakkan syariat Allah dalam kehidupan para jemaahnya daripada jemaah-jemaah lain. (Dapat melahirkan kebenaran ditengah kerosakan)
4. Aqidah dan cara hidup sunnahnya tidak dapat dirusakkan oleh musuh atau pun orang-orang yang menentangnya.
5. Ketakwaannya lebih tinggi dan akhlaknya lebih halus daripada ulama-ulama lain.
6. Mind dan teknik perjuangannya adalah cara baru yang sangat menonjol dan menawan hati masyarakat, mengalahkan cara lama yang ada yang sudah tidak memberikan kesan pada masyarakat.
7. Kegigihan, sifat istiqomah, keberanian, kesabaran dan kejayaannya dalam perjuangan tiada bandingan di zamannya (melebihi seluruh ulama-ulama sezamannya).
8. Bertaraf Mujtahid (memenuhi syarat untuk dapat melakukan ijtihad).
9. Pada pribadinya tampak nyata Sunnah Rasulullah SAW.
10. Pengikutnya dapat memanfaatkan seluruh waktunya untuk perjuangan Islam. Hidup bersandar kepada sistem Islam dan meninggalkan segala keburukan dan kemaksiatan sepenuhnya.
11. Penyikutnya sangat patuh dan menyayanginya. Ukhuwah mereka padu. Seolah-olah dari satu ayah dan ibu.
12. Banyak orang yang bersimpati dengan perjuangannya.
13. Para penentangnya pula terlalu benci kepadanya.
14. Kepemimpinan dan kebijaksanaannya mengatasi kecerdikan ulama lain di zamannya.
15. Kenaikannya sebagai pemimpin bukan hasil pemilihan suara tapi terjadi dengan sendirinya karena khalayak ramai dapat menerimanya dengan hati. Seperti kenaikan para Rasul, bukan melalui demokrasi tetapi melalui penerimaan hati. Inilah pemimpin di hati bukan pemimpin di jari.
Melihat pada syarat-syarat ini, ditunjuklah siapa Mujaddid untuk zaman itu. Ditemukan dalam satu zaman kadang-kadang ada lebih dari satu orang. Tetapi tidak lebih dari tiga orang. Mereka dikatakan mujaddid bersama. Meraka sama saja, bukan berbeda-beda dan bertentangan. Hanya tempat tinggal dan tempat berjuang saja yang berbeda. Demikian juga Allah tidak mendua-tigakan Rasul di satu zaman kecuali mereka membawa berita (message) yang sama. Nabi Musa as. dan Nabi Harun as misalnya, yang saling bantu membantu.
Adapun mengapa tidak perlu banyak Mujaddid dalam satu zaman adalah karena kebenaran itu cuma satu. Bila seseorang sudah memperloporinya, orang lain yang menerima kebenaran walau dari negara mana sekali pun, akan meniru dan mengikutinya saja. Nabi Muhammad hanya seorang, lahir dan berjuang di Mekkah dan Madinah. Tapi dia bukan untok orang Mekkah dan Madinah saja. Manusia seluruh dunia mesti merujuk ke sana.
Demikianlah dengan kezahiran para Mujaddid memang tidak banyak dan tidak perlu banyak jumlahnya. Bila manusia sudah melihat atau tahu bahwa sudah datang pemimpin kebenaran untuk awal kurun itu, menjadi kewajiban bagi meraka meniru atau mengikutinya. Dan hanya yang benar-benar mencari kebenaran tanpa kepentingan duniawi yang mampu melakukannya. Demikianlah Allah menyaring keikhlasan hamba-hambanya.
Sudah tertulis dalam kitab-kitab nama-nama Mujaddid sepanjang 13 kurun yang lalu. Adapun ke-13 Mujaddid yang sudah berlalu itu adalah:

1. Umar Abdul Aziz
2. Imam Syafe'i
3. Ibnu Suraij Al Iraqi atau Abu Hassan Asy'aari
4. Imam Al Baihaqi atau Syeikh Abu Hamid Isfarani As-Syafe'i
5. Imam Al Ghazali
6. Imam Fakhrurradzi
7. Ibnu Daiqiqi
8. Al Balqini
9. Imam Sayuti
10. Imam Mohammad Ar Ramli
11. Abdullah Salim Al Basri
12. Ad Dardir
13. As Syarqawi

Mujaddid kurun ke- 14 belum ditulis oleh ulama-ulama mana pun. Sementara Mujaddid kurun ke- 15, yang saya kira kurun akhir sebelum kiamat, tentulah Imamul Mahdi.
Dalam kitab Aj Jami' us Soghir yang ditulis oleh Imam As Sayuti Rahimahumullau ta'ala dikatakan bahwa beliau meramalkan Imam Mahdi akan muncul di sekitar awal kurun ke-15. Disamping itu Hadits-Hadits juga menyebutkan bahwa kemunculan Imam Mahdi akan didahului oleh pemuda Bani Tamin sebagai perintis jalan.
Berdasarkan keterangan diatas yang bersumber dari Hadits, pendapat ulama-ulama muktabar, saya meyakini bahwa baik Imam Mahdi mahupun permuda Bani Tamim keduanya bertaraf Mujaddid.
Dengan mengulangi pendapat dari Imam As Sayuti Rahimahumullau ta'ala, bahwa Imam Mahdi muncul di awal kurun ke-15, maka sekali lagi saya berkeyakinan bahwa Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim adalah Mujaddid bersama diawal kurun ke-15. Yang berarti diawal kurun ini kita sedang menunggu munculnya dan Pemuda Bani Tamim.
Nostradamus seorang peramal ternama Yahudi berkebangsaan Perancis, juga telah beramalkan tentang munculnya "a New World Religion" yang akan mencapai puncaknya pada tahun 2000-an. Dalam buku Nostradamus, "The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001" (Nostradamus, Di Ujung Masa 1000 Tahun, Ramalan tahun 1992-2001) yang ditulis oleh V.J.Hewitt & Peter Lorie.
Semua bukti-bukti di atas menguatkan bahwa Pemuda Bani Tamim berjuang di awal kurun bahkan diperkirakan akan mendapat kejayaan di Timur.
Terserah bagi pembaca untuk meyakininya atau tidak. Kita tunggu saja. Yang jelas janji Allah pasti terjadi! Di awal kurun ini juga, kita akan menyaksikan bahkan mungkin berkesempatan untuk ikut dalam perjuangan besar Islam yang disediakan Allah untuk umat akhir zamannya. Mudah-mudahan kita dipilih Allah untuk ikut di dalamnya.

Rasulullah SAW pernah bersabda:

''Allah akan mengutus untuk umat ini (umat Rasulullah) di setiap awal 100 tahun (awal kurun) seorang mujaddid (reformer) yang memperbaharui umat ini dalam urusan agamanya."

Beruntungnya kita sekarang hidup di awal kurun, yakni di awal kurun ke-15 H, dimana Allah telah menjanjikan di setiap awal kurun (awal 100 tahun) akan dating seorang mujaddid (reformer). Berarti kalau usia kita masih di panjangkan Allah, tak lama lagi kita akan bertemu dengan mujaddid (reformer) kurun ini.

Para mujaddid ini sejak kurun pertama hijrah hingga kini sudah ada sekurang-kurangnya 14 orang semuanya. Mereka termasuk dalam kategori ulama akhirat yang berwatak Rasul. Hanya saja karena mereka ini mempunyai ciri khusus lainnya yaitu "lahirnya di awal kurun dan mempelapori pembaharuan di kurun itu", maka mereka diberi nama Mujaddid atau Reformer.