Thursday, September 6, 2007

Lampiran 3

MENENTUKAN IMAMUL MAHDI BUKAN SOAL AQIDAH

Persoalan Imamul Mahdi adalah satu perkara yang berbentuk kepercayaan yang boleh dikhilafkan. la bukan persoalan aqidah yang pokok atau asas. Ertinya ada ulama yang percaya tentang Al Mahdi dan ada ulama yang tidak percaya.

Tegasnya Al Mahdi adalah soal kepercayaan yang tidak wajib diyakini. Dengan kata lain ianya tidak setaraf dengan soal kepercayaan yang menjadi aqidah (seperti percaya ke­pada rukun iman yang enam) yang mana telah diijmak oleh ulama muktabar.

Seandainya kita ihtimalkan persoalan Imamul Mahdi se­bagai aqidah, apa akan terjadi kepada sebahagian besar masyarakat Islam yang tidak pernah ambil tahu tentang perkara AI Mahdi itu? Apakah kita berani mengatakan aqidah mereka rosak kerana tidak mempercayai persoalan Al Mahdi itu?

Adakah taraf persoalan Al Mahdi itu sama dengan taraf rukun iman atau rukun Islam? Bahkan yang pasti, persoalan Al Mahdi tidak termasuk dalam perkara rukun iman dan tidak termasuk dalam rukun Islam. Tidak cacat iman atau Islam seseorang sekiranya dia tidak mempercayai atau sebaliknya.

Seorang ulama terkenal dari Mesir yang bernama Sayyid Muhammad Zaki Ibrahim, bekas ahli Majlis Fatwa Mesir, mengatakan bahawa persoalan AI Mahdi adalah merupakan persoalan aqidah yang bukan pokok. Maka menentukan Imamul Mahdi juga bukan persoalan aqidah. Dengan ayat yang lain yang mudah difahami, sekiranya persoalan Imamul Mahdi bukan soal aqidah maka menentukan Imamul Mahdi juga bukan persoalan aqidah. Maka ianya adalah perkara yang boleh diijtihadkan.

Bahkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai ajaran Qadiani pada tahun 1975 memutuskan Al Mahdi bukan termasuk dalam aqidah Islamiah. Ini dikuatkan lagi dengan seorang tokoh ulama, Ibnu Khaldun yang menolak Hadis tentang Al Mahdi.

Kiyai Shamsudin, Tuan Guru Syed Omar, Prof Syeikh Husin Azmi dan Prof. Anwar Musyaddad adalah antara ulama yang mengatakan Al Mahdi bukan soal aqidah yang wajib diyakini.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menyesatkan atau mem­bidaahkan orang yang melakukan ijtihad di dalam menen­tukan Imamul Mahdi kerana persoalan Imamul Mahdi adalah persoalan khilafiah, persoalan kepercayaan yang tidak wjaib diyakini dan merupakan persoalan aqidah yang bukan pokok yang tidak termasuk dalam rukun iman dan rukun Islam. Dengan itu kita tidak boleh menuduh sesat kepada orang yang berijtihad menentukan Imamul Mahdi tanpa nas dan ijmak ulama atau qias yang jali (huraian yang panjang).

No comments: