Friday, September 7, 2007

ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD MENEPATI CIRI-CIRI MUJADDID

ABUYA HAJI ASHAARI MUHAMMAD adalah seorang pemim­pin dan pejuang yang sangat gigih dan kuat cita-citanya untuk mengembalikan manusia kepada Allah SWT, Tuhan pencipta. Beliau begitu serius melahirkan role model Islam sebagai satu-­satunya cara hidup yang selamat dan menyelamatkan. Islam menjadi cita-citanya sejak kecil hingga kini. Perjuangan beliau memimpin jemaah Islam telah menjangkau 40 tahun.

Allah SWT telah mentakdirkan Abuya dapat jadi pemimpin sebuah jemaah Islam yang begitu besar pengaruhnya di dalam dan di luar negara. Kehadiran Abuya dan jemaahnya sedang mendapat perhatian istimewa dari dalam dan luar negara oleh rakyat dan penguasa-penguasa negara. Walhal hari ini kebanyakan pemimpin-pemimpin Islam lain telah dilupakan dan tidak diambil pusing oleh orang.

Berikut ialah senarai ciri-ciri kepimpinan yang Allah pa­merkan pada dirinya yang sudah dikenal pasti yang mana semua ciri-ciri ini adalah berpunca daripada ilham yang Allah berikan kepadanya. (Sila rujuk Bab 3, Ciri-ciri Mujaddid).

1. Abuya berjuang di awal kurun

Sebagaimana Hadis Nabi SAW yang memberitahu bahawa setiap awal kurun pasti zahir seorang mujaddid maka tokoh tersebut sepatutnya sudah zahir dan berperanan. Memandangkan kita kini berada di penghujung awal kurun, sepa­tutnya umat Islam sudah mencari mujaddid tersebut dan berada di bawah pimpinannya kerana mujaddid adalah pemimpin yang Tuhan lantik yang mana manusia amat memer­lukan pimpinannya demi keselamatan hidup di dunia lebih­lebih lagi di Akhirat.

Ternyata di sekitar awal kurun ini, jika ditinjau di seluruh dunia, Abuyalah yang paling menonjol perjuangan dan ke­pimpinannya. Beliau memang dipersiapkan oleh Tuhan untuk jadi pejuang sedari kecil lagi. Perjuangan Islam adalah minat­nya, kesukaannya, darah dagingnya, jiwa raganya, akal fikirannya dan hidup matinya.

Namun kepimpinan perjuangan Abuya yang bercorak toifah bermula pada tahun 1969 bersamaan 1389 Hijrah se­waktu umurnya 31 tahun. Setelah mendapatkan pelbagai pengajaran dan pengalaman berjuang dalam pelbagai ha­rakah Islam, Abuya muncul ke tengah masyarakat dengan satu perjuangan gaya baru iaitu memperjuangkan dakwah dan kasih sayang di atas kaedah membaiki diri dengan taqwa. Lahirlah jemaah Darul Arqam. Perjuangan Abuya Ashaari Muhammad pun mula membesar (sekitar tahun 1980-an) dan berkembang ke seluruh dunia. Pada tahun 80-an itu, per­juangan dan kepimpinan Abuya sangat terserlah dengan terbangunnya segala sistem hidup Islam didalam jemaahnya seperti sistem perkampungan Islam, sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, sistem kebudayaan, media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik dan lain-lain. Setelah melalui pelbagai ujian dan dugaan, Abuya kini muncul lagi dengan lebih gagah melalui wadah Rufaqa Corporation Sdn Bhd. Perjuangan Abuya hingga kini mencecah hampir 40 tahun di mana graf kepimpinan perjuangan Abuya sentiasa mendaki anak-anak tangga meniti dan menelusuri jadual Allah.

2. Kenaikan kepimpinan secara nature

Abuya memimpin Darul Arqam selama 25 tahun tanpa ditukar ganti pemimpinnya. Ini kerana dia dijadikan pemimpin dalam jemaahnya bukan hasil undian, tapi diterima oleh hati pengi­kut-pengikutnya. Sistem tukar ganti pemimpin setiap bebe­rapa tahun atau tempoh-tempoh tertentu, tidak berlaku ke­rana pengikut atau anak muridnya tidak ada seorang pun yang mahu atau mampu mengambil alih jawatan itu. Ada yang pernah cuba mencabar seperti Akhbar Anang, Mokhtar Yaakub dan Abdul Halim Abbas, tetapi mereka kecundang dengan sendirinya.

Bahkan musuh-musuh yang cuba mengharamkan dan menghancurkan peIjuangannya hingga pernah menjadikan­nya tinggal seorang, terkejut bilamana manusia tetap datang seorang demi seorang menyerah diri kepadanya untuk di­pimpin dan dididik. Hingga ke hari ini semakin ramai manusia dari golongan atasan, pertengahan dan bawahan datang berbaiah kepadanya dan meminta pimpinannya.

3. Abuya manusia paling cinta dan takutkan Tuhan

Di waktu manusia sudah tidak pedulikan Tuhan kerana terlalu cintakan dunia, Abuya Ashaari Muhammad meletakkan Allah SWT sebagai cinta agungnya. Dengan kata lain, hidup matinya semua hanyalah untuk Tuhan dan kerana Tuhan. Ini dapat dilihat dalam jadual dan program hidup hariannya, sepenuh masanya adalah dengan Tuhan.

Sebagai contoh, umumnya, siapa yang mengenalinya akan tertarik dengan peribadi beliau yang istiqamah sepanjang hidupnya berada awal sekitar 15 minit di sejadah menunggu waktu solat. Beliau juga tidak pernah tinggal solat berjemaah serta tahajud.
Kecintaannya pada Tuhan itu dapat dilihat dalam dua ben­tuk:

Pertama: Beliau berhabis-habisan dalam mempromosikan Tuhan melalui kuliah rasmi dan tidak rasmi, di dalam tulisan­-tulisan beliau, melalui lirik-lirik nasyid karangan beliau serta melalui sistem hidup menurut kehendak Tuhan yang dia bangunkan dalam jemaahnya, yang mana manusia akan dapat melihat kebesaran Tuhan dan keindahan ajaran Islam.

Kedua: Bagi orang yang bergaul dengannya, mereka dapat melihat beliau sangat membesarkan dan mengutamakan kehendak-kehendak Tuhan dalam hal ibadah dan akhlak. Beliau adalah seorang yang zuhud, sabar, berani, pemurah, kasih sayang, tawakal, tawaduk, pemaaf, pemalu, meng­hormati tetamu, membelajiran, menjaga kebajikan pengikut-­pengikutnya dan menziarahi manusia. Beliau sentiasa me­makai kain pelekat dan seluar panjangnya ke mana-mana. Abuya tidak mahu memakai seluar panjang tanpa kain pelekat kerana malu menampakkan bentuk auratnya. Beliau men­doakan musuh-musuhnya dengan kebaikan. Orang menuduh beliau mengambil kepentingan dan menzalimi anak buah. Walhal hakikat sebenarnya dia seorang pemimpin yang sanggup miskin dan susah demi untuk membela orang lain apatah lagi terhadap anak buahnya sendiri.

4. Abuya mendapat ilmu ilham

Rasulullah SAW diberi gelaran ¡ummiy¢ adalah kerana baginda diberi hati oleh Allah yang mampu mengambil terus ilmu dari Allah (melaIui malaikat Jibril), tanpa perlu melalui proses membaca dan menulis. Waktu itu gemparlah dunia Arab, Rom dan Farsi melihat seorang yang tidak masuk 'sekolah' tapi menjadi manusia yang luar biasa kepandaiannya. Demikian­lah Tuhan hendak menunjukkan kuasa-Nya melalui orang-­Nya.

Demikian juga Abuya Ashaari Muhammad, seorang yang tidak punya 'sijil' tapi ilmunya amat luas. Walaupun diper­kecilkan orang alim zamannya tentang dirinya yang dikatakan tiada autoriti keilmuan, namun tidak ada orang yang dapat menolak ilmunya yang cukup global itu dan mampu menyu­luh semua aspek kehidupan. Ilmu itu pula bukan hanya tinggal sekadar ilmu tetapi zahir sebagai sistem hidup Islam yang dipraktikkan olehnya dan jemaahnya. Beratus-ratus tajuk buku dan kuliah serta ribuan sajak dan madah sudah Abuya keluarkan. Kuliah-kuliah serta ceramah-ceramah dakwah dan tarbiahnya pula berbagai-bagai tajuk, semenjak beliau muda hinggalah ke umur tuanya. Setiap minggu Abuya Ashaari Muhammad membawa tajuk baru kepada pengikutnya. Ilmunya ternyata bertambah-tambah dan berkembang-kembang dari masa ke semasa.

Walaupun sebahagian bukunya diharamkan tapi jelas itu ialah program politik negara. Walhal secara ilmiah, ilmu Abuya sudah diiktiraf oleh doktor-doktor PhD. Misalnya, Tesis Dr. Tasman Ya'cub yang bertajuk 'Dakwah Islam Dalam Pers­pektif Haji Ashaari Muhammad' telah dibahaskan dan di­luluskan oleh tujuh orang ilmuan besar Indonesia­

5. Abuya dianugerahkan karamah

Kepada para mujaddid yang memimpin dan mendidik ma­nusia, biasanya Allah berikan karamah maknawiah untuk memudahkan mereka membawa masyarakat kepada Allah SWT.

Terlalu banyak karamah yang Allah perlihatkan kepada Abuya Ashaari Muhammad. Antaranya:

Ketika Abuya ditahan oleh kerajaan menggunakan ISA, Abuya Ashaari Muhammad tidak melawan bahkan mem­beri kerjasama. Beliau amat yakin bahawa Allah pasti menguji pejuang-pejuang sebelum diberi kemenangan. Ujian itu pula adalah penghapusan dosa, manakala penen­tang akan terhukum dengan sendirinya. Setelah dibebas­kan dari lokap, Abuya menubuhkan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn Bhd sebagai wadah baru perjuangannya sedangkan Abuya masih dalam tahanan ISA (RO). Akhir­nya dalam masa 10 tahun, Rufaqa Corporation menjadi jauh lebih gagah daripada Arqam yang telah dihancurkan itu. Walhal sepatutnya jemaahnya tidak mungkin hidup kembali. Namun melalui proses ISA, Allah menjadikan perjuangan Abuya lebih laju dari sebelumnya.
Selepas ISA, Allah takdirkan Abuya Ashaari Muhammad sakit kuat. Dalam keadaan dirinya yang terlantar sakit itu lebih-lebih lagilah tidak mungkin pengaruhnya mem­besar. Namun kenyataannya Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengaruh yang cukup besar sama ada di dalam dan di luar negara, sama ada dari kalangan orang biasa mahupun tokoh-tokoh kenamaan, tokoh-tokoh korporat, golongan profesional, pemimpin masyarakat, artis dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa usaha manusia bukan memberi bekas, tapi kuasa Tuhanlah yang mampu mem­beri kesan.
Kalaulah tokoh-tokoh lain sama ada pemimpin, usahawan, jutawan, ilmuan, karyawan, budayawan atau lain-lain, di tangan mereka terjadinya pembangunan dan kemajuan material yang luar biasa namun belum ada di antara mereka yang mampu membina kemajuan sepertimana yang dibangunkan oleh Abuya. Sebagai contoh, Abuya berjaya membangunkan 'bandar' yang lain dari yang lain iaitu sebuah bandar dengan sistem hidup yang memasuk­kan Tuhan dan Akhirat sebagai imbangan dan praktikal. Yakni Abuya dapat membangunkan material dan rohani sekaligus. Walaupun pembangunan materialnya tidaklah bersaiz besar tetapi sistem bermodalkan Tuhan menjadi model yang boleh ditiru, diambil dan diperjuangkan oleh semua golongan.

6. Abuya membangunkan jemaah

Kebolehan Abuya memimpin, mengajar dan mendidik adalah satu kurniaan Allah kepadanya. Abuya mempunyai hati yang amat inginkan keselamatan manusia serta sangat bimbangkan kecelakaan yang menimpa mereka. Beliau sanggup mengam­bil sebarang risiko, sanggup berhabis-habisan masa, tenaga dan harta demi keselamatan manusia. Kekuatan yang ada pada Abuya inilah yang mampu mengikat anak-anak jemaah­
nya di atas tali Allah. Lalu berlakulah di tangannya dua pem­bangunan yang diidamkan, yakni pembangunan rohaniah dan pembangunan material. Jemaahnya walaupun kecil tapi kualitinya amat mencabar pembangunan oleh pemimpin-pemimpin yang hanya mampu membangun secara duniawi. Rufaqa Corporation yang diterajui oleh Abuya kini mempunyai 700 rangkaian perniagaan di seluruh dunia.

7. Abuya menzahirkan kebenaran

Abuya bukan sekadar memperkatakan kebenaran tetapi menzahirkannya dalam realiti kehidupan. Beliau telah berjuang dengan gigih dan serius sejak berumur 20 tahun hinggalah kini umumya hampir 70 tahun. Berjuang ertinya berusaha habis-habisan untuk mewujudkan sistem kehidupan berlanda­skan Islam. Antara sistem yang telah dibangunkan oleh Abuya Ashaari Muhammad setakat ini ialah:

Sistem kepercayaan (aqidah) dalam diri pengikut-pengi­kutnya yang mana bukan sekadar tahu dan percaya ten­tang Tuhan tapi dapat merasakan peranan Tuhan dalam kehidupan
Sistem ibadah yang melahirkan rasa kehambaan dan rasa bertuhan sehingga membuahkan akhlak dalam kehidupan
Sistem keluarga besar dan kecil (poligami) yang mana anggota-anggotanya membesarkan Tuhan dan berkasih sayang, bahagia dan harmoni
Sistem pendidikan di peringkat tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak yang membawa manusia kenal, cinta dan takutkan Tuhan
Sistem kewangan tanpa riba dan tipu daya
Sistem ekonomi yang bermoral dan membela, tidak menindas bahkan bertujuan untuk berkhidmat kepada ma­nusia
Sistem kebudayaan yang mendidik dan menghiburkan serta mampu menyuburkan jiwa manusia dengan fitrah rasa bertuhan dan rasa kehambaan
Sistem penerangan yang membawa manusia menuju Tuhan
Sistem perhubungan antarabangsa tanpa sempadan atau borderless dengan mengikat dan menyatukan hati-hati manusia kepada Tuhan serta kasih sayang sesama manusia
Sistem kebajikan Islam yang sangat membela lahir dan batin manusia
Sistem perjuangan yang lunak, lemah lembut, berhikmah serta menunjukkan contoh teladan yang baik
Sistem sosial yang tidak ada kepentingan diri dan meng­utamakan orang lain lebih daripada diri sendiri
Sistem kasih sayang dan perpaduan yang benar-benar diperjuangkan sehingga semua orang dapat merasa se­perti adik-beradik dari satu ibu dan ayah.

Hasil perjuangan Abuya itu, sudah ramai orang yang ma­suk Islam di tangannya. Antaranya dari Sabah , Thailand , China , Uzbekistan dan Filipina.

8. Abuya tidak dapat dihalang oleh penentangnya

Abuya Ashaari Muhammad pernah beberapa kali ditentang oleh bekas muridnya sendiri dengan hasrat mahu meng­hancurkan Abuya. Namun akhimya usaha-usaha merekalah yang hancur. Setelah Arqam diharamkan, ada di antara mereka berhasrat membangunkan jemaah baru dengan meng­ambil pengikut-pengikut Abuya tetapi usaha itu juga gagal bahkan kini mereka sesama mereka makin berpecah belah.

Ada yang beranggapan Abuya telah gagal kerana jemaah Arqam sudah hancurkan dan dia ditangkap serta dihukum. Namun Allah SWT telah menolongnya. Dia dapat melepasi semua halangan dan akhimya perjuangannya dapat bangun semula dengan lebih gagah dan boleh berkembang sampai ke luar negara. Dalam masa yang sama para penentang yang cuba menghalang perjuangan Abuya itu tidak mampu untuk membangunkan apa-apa. Demikianlah kuasa Allah itu tetap berlaku sama ada dihalang atau pun tidak.

9. Abuya umpama tafsiran Al Quran dan Sunnah ber­gerak

Para mujaddid membawa tafsiran barn Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ertinya para mujaddid menghidupkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam realiti kehidupan sehingga dengan itu manusia lebih mudah memahami Islam melalui role-model yang dibawa oleh para mujaddid.

Abuya menghidupkan dan menggerakkan isi Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW di dalam realiti kehidupan manusia zaman ini. Beliau memberi nafas baru kepada kefahaman Al Quran dan Sunnah melalui stail dan kaedah perjuangan yang dibawanya. Ini jelas dapat dilihat melalui minda-mindanya dalam bentuk kuliah-kuliah rasmi atau tidak rasmi, melalui tulisan-tulisan dalam puluhan buku dan ribuan sajak beliau. Orang yang mendengar dan membaca mindanya sungguh merasakan bagai ada sentuhan taufik dan hidayah kerana mendapat suatu kesedaran baru dan dorongan untuk meng­amalkan minda yang diterima.

Dari sudut aqidah, Abuya menghidupkan rasa bertuhan dalam diri dan hati para pengikutnya. Manusia selama ini hanya tahu Tuhan itu ada tetapi tidak dapat merasakan pe­ranan dan kerja Tuhan dalam kehidupan. Sedangkan rasa bertuhan yang hidup dalam diri manusia itulah menjadi enjin untuk beribadah, bekerja, hidup dan mati kerana Tuhan. Rasa cinta pada Tuhan jadi pendorong untuk beramal, rasa takut pada Tuhan jadi benteng dari berbuat maksiat.

Dari sudut ibadah, Abuya sangat memperlihatkan sensiti­vitinya terhadap Tuhan di mana beliau istiqamah seumur hidupnya sekitar 15 minit awal, menunggu-nunggu masuk waktu solat. Sembahyang malam tidak pernah ditinggal­kannya. Abuya menanamkan rasa bersalah dengan Tuhan setelah selesai sembahyang atau selesai membuat lain-lain ibadah dan pekerjaan. Abuya menghidupkan roh ibadah hingga orang berpuasa kerana hendak mendidik nafsu, orang berzakat bertujuan untuk mensucikan diri, orang naik haji terasa benar-benar menuju Allah.

Di sudut akhlak, Abuya membawa sistem akhlak yang di­lihat sangat indah umpama bunga-bunga yang sedang ber­kembang di taman. Kasih sayangnya sangat ketara kepada semua manusia tidak kira apa umur atau peringkat kehidupan mereka. Kasih sayang adalah misi utama perjuangannya. Abuya manusia yang paling sabar menghadapi semua ujian getir dalam perjuangannya. Dituduh sesat, ditinggalkan pengi­kut yang kemudian menentangnya, terpisah dengan jemaah tujuh tahun lamanya di luar negara terus-menerus, sepuluh tahun di tahan di bawah ISA, jemaahnya dihancurkan dan beliau ditimpa sakit teruk dari tahun 2005 hingga 2007.

Semua ujian ini meletakkan Abuya dan jemaahnya antara hidup dan mati. Allah memberinya kekuatan dan kesabaran menempuh segala ujian pahit itu dan dia melepasinya satu ­persatu. Hasilnya, peribadi, kepimpinan dan didikannya sangat memberi kesan kepada hati-hati manusia kerana beliau telah mengamalkan dan mempraktikkan lebih dahulu semua minda yang dibawanya.

Dari sudut perjuangan, Abuya benar-benar menghidupkan isi perjuangan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Cuma dalam gaya moden dan canggih sesuai dengan zaman yang serba moden kini. Abuya dapat mengatasi semua strategi musuh yang hendak menghancurkan perjuangannya. Masa­kan ini semua berlaku kalau bukan dia dimonitor oleh Ra­sulullah SAW.

Al Quran membawa sistem hidup, Islam as a way of life. Rasulullah SAW menghidupkan sistem Al Quran hingga ma­syarakat Arab melihat Rasulullah sebagai Al Quran bergerak. Ayat Al Quran turun dalam bentuk wahyu, manakala isi Al Quran itu diterjemahkan dalam sistem hidup yang Rasulullah bangunkan.

Di zaman manusia telah ratusan tahun hidup atas sistem bikinan akal manusia, dunia hari ini telah mengakui sistem hidup yang ada kini telah rosak, hancur dan tidak menemui jalan keluar. Abuya muncul dengan menghidupkan sistem Tuhan yang benar-benar asing daripada sistem dunia yang ada kini. Dalam peperangan antara sistem hak dan batil ini, Abuya memenanginya. Sistem pendidikan yang Abuya bawa melahirkan generasi baru Al Quran dan Sunnah, sistem kebu­dayaan yang Abuya cetuskan sudah diterima di Eropah, Timur Tengah dan Asia . Sistem ekonomi Tuhan yang Abuya gerakkan menyebabkan kapitalis geleng kepala dan bungkam. Ertinya role model sistem kehidupan yang Abuya bangunkan di semua sudut adalah tafsiran AI Quran dan Sunnah bergerak!

10. Mendapat ilham dan isyarat-isyarat ghaib termasuk mimpi benar

Abuya selalu didatangi Rasulullah dan juga Imam Mahdi untuk mengajarkan bagaimana menghadapi persoalan dalam perjuangan serta memberi ilmu-ilmu dan panduan-panduan, apatah lagi ilmu bagi mempersiapkan jemaah. Kedatangan kedua-duanya ini adalah pengalaman beliau melalui tiga cara:

Rasa hati yang kuat untuk bertindak.
Dijatuhkan ke hatinya ilmu. Bila dicakapkan bukan hasil fikiran. Malah Abuya pun belajar dari situ.
Berbual-bual secara jaga dengan Rasulullah dan Imam Mahdi. Hasil perbualan membawa jemaah Abuya makin maju di bidang insaniah dan material. ltulah bukti bahawa semuanya bukan dari syaitan seperti yang dituduhkan. Masakan syaitan membawa orang kepada Allah.

Seorang syeikh tarekat dari Iraq, Syeikh Abdul Jabbar, Abuya mendapat tahu melalui ilham dari Rasulullah SAW bahawa orang itu adalah salah seorang daripada orang kuat Imam Mahdi yang akan ikut membawa kebangkitan Islam di akhir zaman.

Maka Abuya pun menghantar wakilnya untuk berjumpa beliau. Apabila bertemu saja, belum bercakap apa-apa lagi, Syeikh Abdul Jabbar telah berkata kepada wakil Abuya:

"Kejayaan kamu sampai ke sini, adalah hasil rundingan saya dengan Syeikh Malaysia (Abuya)."

Walhal secara zahirnya Abuya belum pernah berjumpa dengannya.

Syeikh Abu Mush'ab, seorang syeikh tarekat di Jordan telah menunjukkan buku catatan beliau kepada Abuya Ashaari Muhammad ketika Abuya berada di Jordan. Di dalamnya bertulis:
"Ashaari bin Muhammad pembawa kebangkitan di Timur, akan datang ke Jordan ."
'Mesej' itu diterimanya dari Rasulullah dan Imam Mahdi sebelum kedatangan Abuya ke Jordan .

Syeikh Abdussalam Al Harras, syeikh tarekat dari Maghribi memberitahu Abuya ketika Abuya ke Maghribi pada tahun 1986:

"Kenapa kamu datang ke mari? Kebangkitan Islam ditempat kamu. Buktinya ialah kamu yang bawa Islam ke mari."

Beliau berkata bahawa Rasulullah-Iah yang memberitahu­nya sebelum Abuya tiba ke rumahnya itu.

Syeikh Abdul Nasir dari Mekah datang kepada Abuya di Malaysia pada tahun 1996 dan memberitahu bahawa orang-­orang Imam Mahdi sedang giat mempersiapkan kedatangannya dan Abuya adalah orangnya di Timur. Mesej itu katanya diberitahu padanya oleh Rasulullah.

Bermula pada tahun 1985, Abuya bersama rombongannya keluar negara dan tidak balik-balik selama tujuh tahun, setelah mendapat alamat bahawa ada ancaman terhadap Abuya dari pihak tertentu dikeranakan pengaruh Abuya yang sudah membesar.

Pada hari pertama tiba di Amman , Jordan , Abuya telah didatangi oleh lima lelaki Arab yang memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan Muntazirun. Tanpa perkenalan apa-apa mereka terus bertanya Abuya:

"Kamu yakin dengan Imam Mahdi?" Abuya mengangguk mengiyakan.

"Kamu tahu dalam hal Imam Mahdi ini ada nas-nas dalam Al Quran?" tanya mereka lagi.

Abuya tergamam kerana setahu Abuya, nas tentang Imam Mahdi hanya ada dalam Hadis. Al Quran tidak!

Belum sempat Abuya menjawab, ketua kumpulan itu berkata, "Tentu kamu tahu, Al-Quran ada menceritakan perihal ibu Nabi Musa yang Allah masukkan ke dalam hatinya rasa yang kuat untuk meletakkan peti kurungan anak kecilnya ke dalam Sungai Nil. Itu saja dirasakannya jalan selamat dari dibunuh oleh Firaun. Maka dia pun memasukkannya dan betul selamat. Walhal kalaulah rasa hatinya itu dibawa ber­bincang dengan keluarga terlebih dahulu, tentu ramai tidak setuju kerana tidak mungkin peti itu boleh selamat dalam air."

"Apa yang di dalam hati kamu sekarang tentang Imam Mahdi itu, adalah rasa yang Allah masukkan seperti yang berlaku kepada ibu Nabi Musa itulah. Bahawa kamu terlalu yakin untuk mendedahkan tentang Imam Mahdi dan kamu yakin selamat. Walhal hari ini semua orang tahu bahawa amat bahaya bagi seseorang yang memperjuangkan Imam Mahdi seperti yang kamu lakukan ini. Yahudi sanggup membunuh siapa pun yang mengaku Imam Mahdi bahkan bayang Imam Mahdi pun akan dibunuh. Ertinya pejuang-pejuang Imam Mahdi tidak akan selamat."

Syeikh itu menyambung, "Rasa hati seperti ini, kalau diberi kepada seorang nabi dan rasul, itulah wahyu. Tapi manakala diberi kepada seorang yang bukan nabi dan rasul, seperti ibu Nabi Musa dan seperti yang kamu sedang alami, ia disebut ilham. Yakni rasa hati yang kuat, yang menutup akal dari memikirkannya dan memaksa kamu bertindak."

Dia bertanya lagi kepada Abuya, "Apakah kamu bertemu dengan Imam Mahdi?"

Abuya tunduk agak lama. Akhirnya Abuya jawab, "Itu rah­sia saya."

Muntazirun itu senyum dan berkata, "Kami faham!"

Perihal keyakinan Abuya tentang Imam Mahdi ini pernah ditanyakan oleh isterinya, Khadijah Aam (Ummu Jah), ke­padanya ketika beliau dalam 'pelarian'nya di luar negara, "Mengapa Abuya tidak boleh bertolak ansur dengan kerajaan dalam hal Imam Mahdi ini? Bukankah ia hanya perkara khilafiah. Sedangkan mempertahankannya Abuya terpaksa berpisah dengan keluarga, negara dan budaya."

Abuya dengan marah berkata, "Pemimpin besar nak da­tang, kamu suruh diamkan?" Begitulah sekali seriusnya Abuya memperjuangkan Imam Mahdi ini.

Memang sampai hari ini, walaupun di-ISAkan, dihan­curkan jemaahnya dan difatwakan sesat oleh negara, namun Abuya dapat melepasinya dan bangun kembali dengan selamatnya. Ini menjadi satu kejutan besar kepada rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Maka ramailah yang semakin yakin bahawa Abuya ada masa depan kerana mana
mungkin pejuang yang kena dua kali ISA dapat meneruskan perjuangannya jauh lebih hebat dan besar dari sebelumnya.

Bahkan waktu Abuya sakit teruk, perjuangannya makin diterima orang dalam negara. Ini tidak mungkin berlaku kalau tidak di backing oleh Allah melalui dua orang kekasih-Nya, Rasulullah dan Imam Mahdi.

Umat Islam sepatutnya sangat alim perihal peristiwa akhir zaman ini. Sedangkan Yahudi sangat alim perihal Hadis dan Al Quran yang jelas mengisyaratkan semua peristiwa yang bakal berlaku ini. Tapi Yahudi berjaya memutar-belitkannya sehingga umat Islam sendiri memusuhi semua khazanah ini.

11. Hati manusia berubah olehnya

Abuya didatangi manusia-manusia yang meminta pimpinan­nya kerana kemampuannya memimpin dan mendidik nafsu dan hati-hati manusia.

Abuya mengajarkan sembahyang itu agung dan mampu membina peribadi yang agung. Lalu pengikutnya dipimpin secara rohiyah, agar memahami dan menghayati lahir dan batin solat-solat mereka hingga sudah ada murid-muridnya yang berubah daripada peribadi asal.

Abuya bersihkan fahaman-fahaman sekular mengenai Islam kepada satu kefahaman yang berteraskan Tuhan. Abuya merubah seseorang yang biadab dengan ibu bapa kepada kembali berbakti, berkhidmat penuh hormat dan memuliakan ibu bapa. Abuya menyelamatkan remaja-remaja yang sudah liar dengan rokok, teman wanita, pakaian menjolok mata, salah guna dadah, arak dan semua gaya hidup syaitan yang merosakkan dengan cara menanamkan ke hati mereka ke­percayaan kepada Tuhan.

Abuya merupakan tokoh utama yang mencetuskan budaya menutup aurat di kalangan wanita-wanita di Malaysia . Beliau membuatkan isteri-isteri menjadi taat, hormat dan mampu meletakkan suami sebagai pemimpin dalam rumah tangga. Abuya menyelamatkan banyak keluarga yang bermasalah secara nasihat dan didikan.

Abuya mampu menukar wanita-wanitanya daripada ta­kutkan poligami kepada sanggup berpoligami lantaran me­lihat kebaikan-kebaikan dan manfaat yang amat besar daripadanya di sisi Tuhan. Bahkan semua anak perempuannya pun dipoligamikan. Anak-anak hasil poligami itu pula saling menyayangi sesama mereka dan saling menghormati ibu tiri mereka.

Abuya kembalikan orang-orang yang telah terlanjur, ke jalan Tuhan. Abuya wujudkan dalam jemaahnya golongan artis, pelakon, penasyid, pengarah, pemuzik dan lain-lain yang mana gaya hidup mereka semuanya mengikut syariat.

12. Mendapat rezeki dari sumber yang tidak diduga

Terlalu yakin dengan adanya peranan Tuhan yang Maha Kaya dalam membantu kebangkitan Islam. Abuya bangunkan perjuangannya betul-betul bermodalkan Tuhan. Telah dibukti­kan oleh beliau, setiap pejuang yang sanggup baiki diri dengan taqwa, sembahyang malam, bertaubat, tebus dosa (berse­dekah), berkasih sayang, wirid, doa maka nescaya Allah akan tunaikan janji-Nya.

Abuya Ashaari Muhammad dilihat begitu kaya, namun dia sebenamya boleh disenaraikan sebagai seorang yang miskin. Layak menerima zakat kerana rezekinya tiada sumber yang tetap. Istilahnya dia miskin tapi kaya. Kaya tapi miskin. Peri­badi beginilah yang dilahirkan oleh Islam yang selamat di dunia dan tiada hisab di Akhirat. Sebab yang kaya bukan peribadi tapi jemaahnya. Masyarakat boleh menumpang kekayaannya.

Realiti hidup Abuya Ashaari Muhammad sebenamya tidak­lah beliau itu berusaha keras untuk kehidupan dunianya. Sementelahan dia sudah pun berumur 70 tahun. Sakit-sakit pula. Dia tiada rumah sendiri, tiada wang di bank, tiada harta, keretanya pun bukan milik peribadi. Aktivitinya cuma menge­luarkan minda-minda (buah-buah fikiran) dan beribadah. Namun peribadinya, keluarga dan jemaahnya kelihatan begitu kaya.

13. Orang yang sayang terlalu sayang, yang benci terlalu benci

Orang yang sayang padanya terlalu sayang. Manakala yang benci terlalulah benci. Sayangnya orang kepadanya sampai sanggup berkorban habis-habisan dan hidup mati digunakan untuk ikut membantu perjuangannya. Komitmen begini mem­bolehkan Abuya Ashaari Muhammad membangunkan je­maahnya tanpa meminjam dengan bank dan tidak berhutang. Taat setia yang dibuktikan oleh pengikut begitu luar biasa hinggakan semua arahan beliau untuk perjuangan Islam se­mua terlaksana.

Sebaliknya, bagi mereka yang benci pula tidak mampu mengawal diri kerana rasa benci yang keterlaluan (hingga sanggup menyihir Abuya dan pengikutnya) adalah kerana Allah mahu dedahkan musuh-musuh atau penentang-penen­tang itu semuanya. Juga supaya mereka dapat menilai diri dan masyarakat juga dapat menilai, setelah menghancurkan jemaah Abuya, mana jemaah perjuangan mereka yang boleh mereka buat lebih baik lagi, demi agama, bangsa dan negara Islam?

Kebenaran yang Abuya zahirkan cukup indah, mampu me­nawan hati setiap insan. Kalau ada yang benci, hanyalah kerana orang itu tidak mampu melawan hasad dengkinya. Rasulullah SAW itu, kebenaran yang dibawanya, keselamatan yang ditawarkannya jauh lebih hebat, terserlah bersama mukjizat-mukjizat yang begitu besar, pun masih ada yang menolak dengan penuh hasad dengki. Maka tidak peliklah kalau hal itu juga berlaku kepada Abuya.

14. Doanya selalu dikabulkan Tuhan

Sewaktu ISA, Abuya dihantar ke Bandar Country Homes, Rawang yang di waktu itu masih gersang dan majoriti pen­duduk di situ adalah kaum Cina. Oleh kerana Abuya sangat memperjuangkan Tuhan dan wibawa agama Islam, maka Abuya telah berdoa kepada Tuhan:

"Ya Allah, jadikan aku orang yang kaya untuk mewibawa­kan agama-Mu."

Benar-benar Tuhan telah mengabulkan doanya. Di saat ramai lepasan-Iepasan ISA hidup melarat, Abuya waktu dalam ISA lagi dikayakan oleh Tuhan sehingga dikagumi oleh orang Islam dan bukan Islam di sekelilingnya waktu itu. SB yang memantau Abuya dan musuh-musuh Islam kehairanan me­mikirkan bagaimana seorang yang masih di dalam tahanan ISA, ditinggalkan seorang diri bersama empat isteri dan 30 orang anak dapat bangun semula membina empayar pernia­gaan dan jemaahnya.

Abuya sangat mendoakan pengikut-pengikutny a sehingga mereka dipimpin secara rohani dan dimudahkan untuk mem­baiki diri dan berjuang di jalan Allah. Abuya mendoakan musuh-musuhnya. Berbuat baik sekali pun kepada orang yang berbuat jahat kepadanya. Sehingga ada musuh-musuh dan penentangnya yang akhirnya berbaiah kepadanya.

Pada Abuya sebenarnya Tuhan menganugerahkan 'power' maknawiah yang dengan power itulah doanya selalu dimak­bulkan dan berlakunya keajaiban-keajaiban dalam kepim­pinannya. Inilah antara karamah-karamah yang Tuhan anu­gerahkan kepada para kekasih-Nya.

15. Abuya pejuang kasih sayang

Abuya sangat mempraktikkan kasih sayang. Malah Abuya me­lancarkan era kasih sayang yang berjalan beberapa tahun lamanya. Agenda kasih sayang menjadi keutamaan untuk direalisasikan dalam jemaahnya. Terkenallah perjuangannya dengan tema: Dakwah dan kasih sayang. Abuya adalah bapa kasih sayang.

Kasih sayangnya begitu ketara. Walaupun ditohmah dan difitnah, Abuya tidak melatah atau melenting. Kalaupun Abuya hendak menjawab tuduhan-tuduhan itu, beliau menulisnya dengan membawa hujah ilmiah serta penuh hikmah tanpa memalukan sesiapa.

Sewaktu beliau ditangkap secara ekstradisi, Abuya dan para pengikutnya seorang pun tidak memberontak bahkan pihak polis yang datang membuat serbuan ke premis-premis Arqam dilayan dengan baik. Di dalam ISA pun Abuya sangat memberikan kerjasama bahkan boleh berkeluarga pula dengan pihak keselamatan. Abuya tidak berdendam dengan kejahatan orang kepadanya malah dia mendoakan musuh-­musuhnya.

Bahkan di Barat yang amat memusuhi Islam serta meng­anggap Islam agama keganasan, rombongan penasyid Ma­waddah yang dihantar oleh Abuya pada tahun 2003 ke selu­ruh Eropah dilayan dengan mesranya. Walhal peristiwa 11 September 2001 di WTC, New York , masih menghantui ma­syarakat Barat ketika itu.

Al-hasil Mawaddah diterima menyebarkan sayapnya ke seluruh Eropah terutama England , Jerman dan Perancis. Di setiap border antara negara-negara itu Mawaddah dilayan keluar masuk dengan penuh kemesraan. Rupanya Barat me­nerima pendekatan dakwah Abuya yang membawa kasih sayang dan sangat menghargai wanita.

Thailand yang sememangnya menerima Abuya dan je­maahnya bergelanggang di negaranya, telah 'meminta ban­tuan' Abuya apabila menerima tekanan dari Amerika yang menganggap di negara Thailand terdapat Islam berbentuk keganasan ekoran dari suasana tegang di Selatan Thai itu. Maka suatu program negara bertajuk 'Islam Kasih Sayang' yang diisi oleh Rufaqa (wakil duta Amerika di Bangkok turut hadir) telah melenyapkan ketegangan tersebut. Begitulah juga yang berlaku di Australia, John Howard, Perdana Menteri Australia menyebut dalam ucapannya bahawa adanya Islam kasih sayang setelah menonton persembahan 'Islam Kasih Sayang' oleh Mawaddah di Australia.

Jelaslah bahawa keupayaan pembaharuan yang ditunjuk­kan oleh Abuya dalam kepimpinan dan perjuangannya ini melayakkan beliau digelar mujaddid. Kemampuannya mem­perkenalkan dan memperjuangkan Imam Mahdi menjadikan beliau layak digelar Al Fata At Tamimi. Sebab menurut Hadis, orang yang benar-benar kenaI Imam Mahdi itu ialah Al Fata At Tamimi, orang kanan kepada Imam Mahdi.

No comments: